MINGGU Fesyen Kuala Lumpur (Kuala Lumpur Fashion Week atau KLFW) sudah pun melabuhkan tirainya Ahad lepas.
Sepanjang berlangsungnya KLFW pelbagai jenama fesyen terkemuka memperagakan koleksi pakaian ‘Ready To Wear’ (RTW) mereka antaranya rekaan Alia Bastamam, Nurita Harith, Mimpi Kita, Khoon Hooi dan ramai lagi.
Jika sebelum ini, nama aktres comel Izara Aishah mendapat kecaman segelintir peminat hiburan tempatan gara-gara gayanya yang dilihat agak seksi, kali ini nama hos program Melodi TV3, Awal Ashaari pula menjadi perhatian.
Baca: ‘Berdarah Hidung’ Tengok Baju Kila Fairy, Izzara @KLFW2016
Juga:Â Pakaian Menjolok Mata, Izara Aishah Mohon Maaf
Ini semua gara-gara pemakaian skirt yang digayakan Awal pada hari terakhir KLFW.
Awal memperagakan skirt lelaki yang direka pereka fesyen Joshua Fitton.
Pemakaian skirt di kalangan kaum lelaki mungkin asing di Malaysia namun ia adalah perkara biasa buat kaum Adam di Scotland.
Di sana mereka memakai kilt bagi meraikan perayaan formal dan ia sering digunakan dalam kumpulan pancaragam masyarakat di sana.
Mungkin trend yang dicipta Awal ini akan diguna pakai oleh lelaki-lelaki tempatan sekali gus mencipta fenomenanya yang tersendiri. Mana tahu kan?
Anda rasa yay ke nay untuk lelaki tempatan memakai skirt dan dijadikan sebagai pakaian harian mereka? Hmmm.. – MYNEWSHUB.CC