Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

5 Nelayan Indonesia Ceroboh...

GEORGETOWN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia menahan sebuah bot bersama lima nelayan Indonesia...

Fobia Kisah Lalu, Amelina...

TRAUMA atas kegagalan rumah tangga yang dibina selama 15 tahun lalu membuatkan Ratu...

Tak Tambah Virus Dalam...

Semua sedia maklum, penyanyi dangdut, Amelina atau nama sebenarnya Norazlina Amir Sharipuddin kini...

Unit Hemodialisis Hospital Rompin...

ROMPIN - Unit Hemodialisis di Hospital Rompin yang memiliki lima unit mesin dialisis...

Awas! Tikar Plastik Bercorak Berbahaya

MUNGKIN ramai yang tidak sedar berkenaan dengan bahaya tikar plastik bercorak seperti yang dilaporkan oleh akhbar Harian Metro pada hari ini.

Terutamanya golongan ibu bapa, mulai saat ini adalah sebaiknya berwaspada kerana terdapat laporan mengatakan kandungan bahan kimia yang digunakan pada tikar itu boleh mengakibatkan kanser payu dara dan merencatkan pertumbuhan kanak-kanak.

Awas! Tikar Plastik Bercorak Berbahaya

Menurut kajian, dua bahan berbahaya dikenali sebagai Phtthalate dan Bisphenol A (BPA) dilaporkan paling banyak digunakan dalam penghasilan tikar berkenaan.

Bahan-bahan ini sudah diharamkan penggunaannya di beberapa buah negara kerana memberi kesan sampingan dan di Eropah sahaja, beberapa buah negara di benua itu telah melarang produk yang menggunakan bahan tersebut sejak awal tahun 2011.

Selain itu, terdapat laporan mengaitkan bahan berkenaan juga boleh menyebabkan kegemukan atau obesiti serta penyakit diabetes kepada kanak-kanak.

Awas! Tikar Plastik Bercorak Berbahaya

Kedua-dua bahan ini adalah bahan kimia yang terdapat dalam banyak penghasilan produk isi rumah.


Antara produk dihasilkan ialah pembungkusan bekas makanan dan minuman, losen, barang mainan, lantai PVC plastik dan paip air. Bahan itu juga diharamkan di banyak negara maju termasuk Kesatuan Eropah.

Pakar Toksikologi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof. Dr. Mustafa Ali Mohd. berkata, pengguna sebenarnya tidak menyedari risiko bahaya kimia itu kerana kandungan sebenar pada tikar berkenaan tidak pernah didedahkan.

“Boleh dikatakan 100% barangan plastik mengandungi Phthalates. Bahan ini berfungsi untuk melembutkan plastik yang keras.

“Sesetengah plastik pula mengandungi Bisphenol A yang sebelum ini banyak digunakan dalam pembuatan botol susu tetapi sudah diharamkan penggunaannya.

“Dua bahan ini diketahui terdapat banyak dalam penghasilan barangan plastik,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori