Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Keadaan Banjir Di Melaka...

MELAKA - Keadaan banjir di Melaka semakin menunjukkan baik apabila ramai mangsa banjir...

Lebih 10,000 Belia Jadi...

KUALA LUMPUR - Lebih 10,000 golongan belia terlibat dalam program sukarelawan 'Volunteer For...

Dr Jeffrey Kekal Kerusi...

KOTA KINABALU – Mahkamah Pilihan Raya di sini hari ini mengekalkan kemenangan Parti...

Turki Wajar Ketuai Serangan...

TANPA konsensus PBB, Amerika Syarikat (AS) secara unilateral membentuk Pakatan Barat menyerang Iraq...

Badan Memang Kurus, Namun Nafsu Makan…

MESKIPUN rakyat China terkenal saiz badan kecil, hanya beza beberapa sentimeter sahaja daripada orang Jepun, namun siapa sangka saiz tidak halang warga tanah besar itu untuk ada selera ‘besar’.

Jika sebelum ini seorang anggota bomba di China mampu un tuk menghabiskan semangkuk besar mi segera menjadi viral di laman sosial, setelah gambarnya dimuat naik oleh rakannya.

Baca: Kelaparan! Bomba Gelojoh Makan Mi Periuk Besar

Kini muncul pula seorang wanita yang seolah-olah cuba meranmpas ‘takhta’ yang diduduki oleh anggota bomba tempatan berkenaan.

Wanita yang dikenali sebagai Mi Zijun berasal dari Chingqing menjadi terkenal mnerusi sebuah laman dikenali sebagai Meipai dengan memiliki kira-kira 500,000 pengikut.

Rata-rata pengikutnya sentiasa menantikan video terbaharu daripada Mi bahkan gemar melihat aksi wanita itu makan dalam kuantiti yang banyak dalam satu masa.

Meskipun memiliki nafsu makan yang besar, ternyata Mi masih lagi memiliki susuk badan yang kurus dan kebetulan merupakan model fesyen bagi Taobao.


Terbaharu, Mi telah menyertai pertandingan makan nasi yang diadakan di Hangzhou. Menerusi pertandingan itu, Mi telah makan tidak kurang daripada empat kilogram nasi.

Jom saksikan video Mi dalam pertandingan tersebut. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori