Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

KL Ke Pulau Pinang...

KUALA LUMPUR - Menteri Pembangunan Usahawan, Redzuan Md Yusof berkata, perjalanan dari Kuala...

Pengurus MRCB Menang Vento...

PUTRAJAYA – Tuah menyebelahi Pengurus Pembangunan Perniagaan Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) Zain...

‘Smart Tourism 4.0’ Inisiatif...

KUALA LUMPUR – Kementerian Pelancongan Malaysia bekerjasama dengan syarikat internet terbesar dunia, Tencent...

Menteri Kesihatan Donald Trump...

WASHINGTON - Menteri kesihatan pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dipaksa meletak...

Bajet 2017 Perlu Ambil Kira Bantuan Orang Miskin Berbelanja

KANGAR – Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man berkata Bajet 2017 perlu memastikan golongan miskin di negara ini terus dibantu melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Beliau berkata bagaimanapun, kaedah pemberian bantuan itu perlu diperkemaskan supaya golongan yang benar-benar layak atau miskin tegar sahaja menikmatinya.

“Dalam Bajet 2017 yang akan dibentang Oktober ini, kerajaan kena timbang bagaimana kuasa beli rakyat terutama golongan miskin dapat ditingkatkan supaya mereka dapat membeli keperluan asas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melancarkan Kembara Jalur Gemilang peringkat negeri di hadapan Kompleks Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Azlan berkata ini juga bagi mengelakkan berlakunya penipuan oleh segelintir rakyat yang tidak layak tetapi tetap menerima bantuan tersebut.


Mengenai Kembara Jalur Gemilang yang menyasarkan golongan muda itu, beliau berkata ia bertujuan meningkatkan kesetiaan, kecintaan terhadap negara, semangat patriotik dan keamanan.

Pengarah Jabatan Penerangan Perlis, Ku Ismail Ku Yahya berkata hampir 30 buah kenderaan menyertai kembara itu dan singgah ke lapan buah sekolah terpilih dalam kawasan Parlimen Padang Besar, Kangar dan Arau untuk mengedarkan Jalur Gemilang. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori