Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Jalan Di Seremban Ditutup...

SEREMBAN - Beberapa jalan di bandar Seremban akan ditutup sempena sambutan Hari Kebangsaan...

Justin Bieber Berhenti Minum...

PENYANYI remaja popular, Justin Bieber dilaporkan telah menjauhkan diri atau dalam kata lain...

Tindakan Ke Atas Dr...

MELAKA - Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron percaya situasi politik negara...

Polis Johor Gempur 550...

JOHOR BAHRU - Polis menahan 140 individu dan merampas 271 komputer dalam serbuan...

Bantah Haramkan Pakai Burkini Di Pantai Cannes

PARIS – Sebuah kumpulan hak asasi akan memfailkan bantahan di sebuah mahkamah Perancis berikutan pengharaman pemakaian burkini (pakaian renang yang menutup aurat) di bandar pelancongan tepi pantai, Cannes.

“Seramai 10 wanita meminta kami menyaman pihak berkuasa bandar Cannes. Kini kami sedang menjalankan tindakan interlokutori terhadap bandar itu,” kata Pengarah eksekutif Kolektif Terhadap Islamofobia di Perancis di laman Facebook kumpulan itu semalam.

Terdahulu, Datuk Bandar Cannes, David Lisnard yang bimbang dengan keselamatan orang ramai mengeluarkan ketetapan melarang pakaian pantai yang tidak menghormati ‘akhlak yang baik dan sekularisme’, lapor agensi berita AP.

“Pakaian renang adalah gambaran yang mengaitkan agama dengan adab manusia yang suka mendedahkan, manakala Perancis dan tapak agamanya yang kini menjadi sasaran serangan pengganas, boleh menimbulkan risiko masalah kepada ketenteraman awam,” tambah Lisnard, yang menggelar burkini sebagai seragam pelampau Islamisme.

Larangan pemakaian burkini berkuat kuasa sehingga 31 Ogos, kata pegawai. Mereka yang melanggar peraturan baharu itu akan berdepan risiko denda berjumlah AS$42 (RM168). – Agensi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori