Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

UNICEF Sambut Baik Pinda...

KUALA LUMPUR - Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNICEF) menyambut baik cadangan pasukan...

Malaysia Terima 182,520 Dos...

PUTRAJAYA - Malaysia akan menerima 182,520 dos tambahan vaksin Covid-19 jenis Pfizer-BioNTech esok,...

Saudi Naik Gaji 1.5...

REZEKI... Ketika kerajaan Malaysia di bawah Pakatan Harapan (PH) bertindak drastik sekat gaji...

Julung Kali Sukan SEA...

LAGU 'Bangkit Bersama' nyanyian penyanyi terkenal Dayang Nurfaizah, bakal diguna pakai sebagai lagu...

Bantah Perkasa Fungsi Mahkamah Syariah Kufur Inad

KUALA LUMPUR – Umat Islam wajib menyokong usaha untuk meminda Akta 355 di Parlimen bagi memperkasa bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Exco Lajnah Dakwah PAS Pusat, Shahril Azman Abd Halim berkata, kuasa Mahkamah Syariah lebih rendah berbanding kuasa Mahkamah Majistret sedangkan Islam adalah agama Persekutuan.

“Ia sesuai dengan titah Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong pada pembukaan Parlimen ke 13, Penggal ke 4 pada tanggal 7 Mac 2016 supaya institusi Mahkamah Syariah diperkasakan.

“Agar bidang kuasa Mahkamah Syariah dipertingkatkan kepada tahap maksimum hukuman adalah selaras dan menepati syariat Islam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Usaha meminda Akta 355 oleh PAS di Parlimen mendapat bantahan pemimpin parti pembangkang lain terutama Pakatan Harapan.

Rata-rata mereka berpandangan pindaan Akta 355 menjurus kepada usaha melaksanakan hukum Islam hudud di Malaysia.


Sebilangan pemimpin Pakatan Harapan termasuk yang beragama Islam menyifatkan hudud menyalahi hak asasi manusia dan menindas golongan lemah.

Pakatan Harapan dianggotai oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Parti Amanah Negara (PAN).

Shahril Azman berkata, pihak yang menentang usaha memperkasakan Mahkamah Syariah pada Islam terdiri dalam golongan kufur inad. – MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • PAS

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori