ANDA mungkin penggila jenama tersohor dunia. Tapi masalahnya bajet ciput.
Jadi anda merasa hanya layak melihat sahaja semua pakaian ini digayakan model terkenal atau dipakai tokoh korporat yang tebal sakunya.
Anda mungkin peminat jenama top 10 dalam ranking almari Eropah. Produk Ralph Lauren, Burberry, Tommy Hilfiger dan Lacoste. Atau, anda mungkin tergila-gila jenama terkini keluaran ranking almari Jepun, seperti dengan Evisu, Samurai, Momotaro dan Uniqlo.
Tapi anda terasa ngeri sekali. Manakan tidak, semua jenama hebat ini dipapar dengan harga online dan butik pada sekitar jajaran RM500 ke RM2,000.
Jangan mengeluh. Ada penyelamat yang akan menjadikan anda mampu bergaya seperti model lima bintang atau tokoh korporat.
Siapa penyelamatnya?
NuaGarageClothings di Kampung Baru. Kedai bundle tersohor di kalangan penggila barangan jenama.
Mana tidaknya Ralph Lauren hanya dengan harga RM80 ke RM200.
Manakala Tommy Hilfiger dan Lacoste pada harga sekitar RM100.
Malah, anda berpeluang memiliki koleksi Ralph Lauren yang tidak diimport masuk ke rangkaian butik di Malaysia.
NuaGarageClothings syurga Polo Ralph Lauren. Selain kameja dengan pelbagai design, NuaGarageClothings menawarkan koleksi warna-warni yang lebih happening dan hips untuk digayakan.
NuaGarageClothings beralamat di 164-B, Jalan Abdul Rahman Idris, Kampung Baru. Nak mudah letaknya di sebelah KL International Hotel.
“Mai bro. Harga lembut barang baik. Anda berhak bergaya meski bajet kecil,” kata NuaGarageClothings. – MYNEWSHUB.CC