Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Video Ke-2 Dedah ADUN...

GEORGE TOWN - Dakwaan berhubung isu kontroversi bayaran tunai untuk mendapatkan rumah melibatkan...

Kes Mayat Tanpa Identiti...

SHAH ALAM : Kes penemuan mayat tanpa identiti di seluruh negara setakat ini...

Agong, Permaisuri Agong Ucap...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan...

Buat Semakan Awal Sekatan...

Ramai rakyat Malaysia yang berkemampuan tentunya berasa teruja dapat kembali melancong ke luar...

Belia Perlu Terus Mainkan Peranan Penting

PUTRAJAYA – Masa depan belia India negara ini perlu dipupuk dan diberi penekanan melalui rancangan dan program oleh parti untuk terus memainkan peranan penting dalam masyarakat.

Ketua Pemuda MIC C.Sivarraajh berkata parti itu akan melaksanakan pelbagai inisiatif untuk generasi muda bagi memastikan parti tertua bagi kaum India itu kekal relevan dengan masyarakat dalam landskap politik masa kini yang mencabar.

“Sayap ini yang mempunyai 100,000 keahlian, diberi tanggungjawap penting untuk mencorakkan masa depan yang lebih baik serta menjadi contoh kepada belia India,” katanya.

“Pemuda MIC akan memainkan peranan penting sebagai tulang belakang parti. Kami perlu meyakinkan generasi muda untuk terus menyokong parti ini dan memberi impak yang besar dalam hidup mereka,” katanya kepada Bernama dalam wawancara menjelang sambutan ulang tahun ke-70 MIC.

Ketika parti itu akan meraikannya pada Ahad ini, beliau berharap lebih ramai belia membabitkan diri dengan pelbagai aktiviti bagi melengkapkan mereka dengan banyak kemahiran.

“Mereka perlu keluar daripada zon selesa dan melihat kepada peluang yang disediakan kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, untuk maju seiring dengan pembangunan arus perdana,” katanya.

Sivarraajh menegaskan beliau tidak harus mempersiakan kemahiran dan bakat mereka, sebaliknya melengkapkan diri dengan pembangunan dan kecemerlangan pendidikan.

Mengenai cabaran Pemuda MIC, Sivarraajh: “Cabaran tunggal yang dihadapi adalah persepsi dan kepercayaan masyarakat India berikutan masalah yang dihadapi sebelum ini.”


Bagi meningkatkan kepercayaan dan perubahan persepsi, beliau mencadangkan kepimpinan parti di bawah Datuk Seri Dr S. Subramaniam, memberi lebih banyak peluang kepada muka baru dalam pilihan raya umum akan datang.

“Ini adalah tentang mewujudkan ikon baharu dan mengenal pasti pemimpin. Penjenamaan MIC bukan sahaja setakat menukar warna logo dan lagu.

“Ia adalah juga untuk membawa perubahan dengan misi dan strategi baharu,” katanya.

Mengenai ulang tahun ke-70 MIC, Sivarraajh berkata ia adalah sebagai peringatan dan galakan kepada semua anggota MIC terutama generasi muda mengenai perjuangan dan objektif utama penubuhan parti tersebut.

“Perjuangan dan pengorbanan pemimpin terdahulu wajar menjadi pengajaran kepada orang muda untuk terus maju dan menyediakan diri mereka dengan semua kemahiran yang diperlukan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori