Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

10 Tanda Badan Anda...

CUACA panas sekarang ini memerlukan kita minum lebih banyak air. Tetapi kehilangan air...

Denggi: Terengganu Catat 11...

DUNGUN - Kes kematian akibat demam denggi di Terengganu terus mencatat peningkatan dengan...

Surirumah, Menantu & Rakan...

SHAH ALAM – Seorang surirumah berusia 55 tahun, menantunya dan rakan lelaki itu...

Shahidan Mahu Pastikan Koordinasi...

KOTA BHARU - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim...

Bella-Nazim Masih Rahsiakan Tarikh Kahwin

KISAH perhubungan pelakon tinggi lampai, Bella Dally dengan Nazim Othman bukan lagi rahsia dalam kalangan peminat mahupun pengamal media.

Apatah lagi pasangan ini telah mengikat tali pertunangan pada November tahun lalu, namun masih merahsiakan tarikh perkahwinan mereka.

Bagaimanapun, menurut laman berita tempatan, Bella menyerahkan segalanya kepada tunangnya dan memberitahu bahawa majlis persandingan mereka akan berlangsung dalam tahun ini.

Bella-Nazim Masih Rahsiakan Tarikh Kahwin

“Insya-Allah ia akan dilangsungkan hujung tahun ini dan kami akan maklumkan kepada semua tarikhnya nanti. Namun, biarlah perkara itu keluar daripada mulut Nazim.

“Tak manis sekiranya saya pula yang memaklumkan perkara itu. Dari segi persiapan memang sudah ada, tetapi saya tidak boleh berkongsi lagi kerana ada beberapa perkara yang belum lengkap lagi,” katanya.


Meskipun pasangan ini tidak pernah dikaitkan dengan gosip-gosip panas dan kontroversi. Bagaimanapun ada ura-ura yang tidak sedap didengar mengatakan Nazim mengokong dan menyekat Bella dalam pergaulannya.

Bagaimanapun, dakwaan itu disangkal oleh Bella, malah dia berharap agar pihak di luar sana terus menyokong dan mendoakan yang terbaik buat dirinya dan Nazim serta dipermudahkan segala urusan. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori