PELAKON Syazwan Zulkifly, 29, mengakui dia mash menyayangi bekas teman wanitanya Shenty Feliziana yang merupakan seorang pengacara, walaupun hubungan mereka sudah berakhir tahun lalu.
Menurut Syazwan, bukan mudah baginya untuk melupakan Shenty dan dia juga mengakui pernah menghantar mesej kepada Shenty untuk bertanya khabar.
“Cerita cinta kami memang telah berakhir tahun lalu tetapi itu bukan bermaksud saya boleh melupakannya dengan mudah.
“Ada masa-masa tertentu saya akan hantar mesej kepadanya hanya untuk bertanyakan khabar,” katanya kepada mStar Online.
Syazwan berkata, pengakuannya masih menyayangi Shenty bukan bererti dia mahu kembali ke pangkuan wanita berkenaan.
Sebelum ini, Shenty telah membuat satu laporan polis mendakwa dirinya telah dicederakan oleh Syazwan dan Syazwan dalam satu kenyataan lain pula enggan mengulas tentang perkara itu. – MYNEWSHUB.CC