Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Padah Jadi Bisu, Tekak...

HIKMAH... Umat Islam tentu maklum bahawa Rasulullah SAW lebih 14 abad lalu pernah...

Husni Yakin BN Mampu...

IPOH - Bekas Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah yakin Barisan...

CEO Dituduh Bawa Keluar...

KUALA LUMPUR - Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat biskut tempatan mahu pihak...

Penganjur Indonesia Tersalah Putar...

SEOUL - Pemain bola sepak Korea Selatan terkejut besar apabila penganjur kejohanan antarabangsa...

Beratus Penerbangan Dibatal Taufan Hampiri Jepun

TOKYO – Sekurang-kurangnya 400 penerbangan dibatalkan akibat hujan lebat dan angin kencang kesan taufan kuat yang dijangka sedang menuju ke kota ini.

Menurut Agensi Kaji Cuaca Jepun, taufan Mindulle dijangka membadai kota itu sekitar tengah hari, bergerak ke atas dari ibu kota Jepun ke rantau Tohoku utara.

Membawa angin kencang berkelajuan sehingga 180 kilometer sejam, ribut itu menuju ke utara pada kelajuan 25 kilometer sejam dari pulau Miyake pada awal pagi, kata agensi itu.

Setakat ini tiada laporan kecederaan atau kerosakan besar ke atas Miyake, sebuah pulau dengan hampir 2,600 penduduk terkenal sebagai pusat memancing, pelancongan dan pertanian.

“Di Tokyo … sila berhati-hati dengan tanah runtuh, banjir di kawasan rendah, sungai melimpah, angin ribut dan ombak besar,” kata agensi cuaca.


Taufan berkenaan menyebabkan syarikat penerbangan di seluruh negara membatalkan sejumlah 387 penerbangan, kebanyakannya ke dan dari lapangan terbang Haneda Tokyo, kata penyiar kebangsaan NHK.

Japan Airlines berkata ia membatalkan 145 penerbangan domestik sehingga tengah hari, yang membabitkan 26,910 pelanggan, manakala All Nippon Airways membatalkan 96 penerbangan domestik, yang menjejaskan 21,300 penumpang. – AFP/BH ONLINE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori