Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Wanita Mahu Besarkan Payudara...

SEORANG wanita yang mahu menjadi `patung’ hidup, sanggup mengetepikan nasihat doktor sebaliknya bertekad...

DBKL Lanjutkan Diskaun Kompaun...

KUALA LUMPUR - Sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan pada 1 Feb ini, Dewan...

Pekerja Pasar Borong Dihukum...

KUALA LUMPUR - Seorang pekerja pasar borong hari ini dihukum penjara tiga bulan...

Dakwat Kekal: Mejar Zaidi...

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai kanan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) didapati bersalah oleh...

Bilionaire Ambil 3,000 Buruh India Kebulur Dibuang Kerja

DUBAI – Seorang bilionaire terkenal di sini sanggup mengambil kira-kira 3,000 warga India yang dibuang kerja di Arab Saudi sehingga mereka teruk menderita kebuluran sejak beberapa bulan lalu.

Ia susulan rayuan kerajaan India memohon tiga juta rakyatnya di Arab Saudi agar membantu 10,000 buruh warga India yang kelaparan tidak mempunyai wang untuk membeli makanan akibat dibuang kerja oleh syarikat tempatan.

Menurut portal berita popular Emirates 247, seruan kecemasan itu disambut oleh taikun pembinaan ternama di Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang berasal dari India, Ravi Pillai dan bakal mengambil segera 3,000 pekerja terlibat.

Beliau yang juga Pengerusi dan Pengarah Urusan Kumpulan RP, sebuah syarikat pembinaan ternama di rantau Asia Barat berkata, pekerja dibuang yang berpengalaman dalam aspek mekanikal dan kejuruteraan boleh memohon.

“Kami sedia memberi banyak peluang untuk menambah bilangan pekerja dan menempatkan mereka yang teruk menganggur ini dalam sektor bersesuaian dengan operasi syarikat kami,” kata Ravi, 62; kepada Emirates 247.

Baca: 10,000 Pekerja India Di Saudi Kebuluran Dibuang Kerja

Bilionaire Ambil 3,000 Buruh India Kebulur Dibuang Kerja

Kumpulan RP yang diasaskan beliau kini mempunyai 85,000 pekerja dalam pelbagai bidang di UAE selain jirannya, Arab Saudi, Qatar, Bahrain dan juga India sejak memulakan perniagaan secara kecil-kecilan pada 1978 lalu.


“Pekerja yang bakal diambil ini mungkin ditempatkan dalam beberapa projek syarikat kami di sekitar Arab Saudi,” kata Ravi yang merupakan hartawan ke-30 paling kaya di India selain menduduki tempat ke-988 di dunia.

Minggu lalu, Menteri Luar India, Sushma Swaraj merayu jutaan warganya yang berkemampuan di Arab Saudi supaya membantu rakyat senegara mereka susulan pemberhentian secara besar-besaran 10,000 pekerja India.

Beliau turut menghantar timbalannya, VK Singh ke Arab Saudi bagi membawa pulang ribuan pekerja India yang dibuang kerja dan berhasrat balik ke tanah air tetapi tiada cukup wang untuk menanggung kos tiket perjalanan.

Banyak syarikat besar di negara Teluk itu terpaksa membuang ribuan pekerja kerana masalah kewangan ekoran kurang tender projek kerajaan akibat kejatuhan mendadak harga minyak global. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori