Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Kanak-Kanak Panik Akibat Tersepit...

Malang tidak berbau....seorang kanak-kanak telah terperangkap di dalam mesin basuh ketika bermain di...

Pelajar Maahad Tahfiz Cedera...

ALOR SETAR - Seorang pelajar maahad tahfiz cedera parah pada tangan kiri selepas...

Umat Islam Di Malaysia...

PASIR PUTEH - Kedudukan agama Islam di rantau Asia Tenggara akan terancam sekiranya...

PAS Menang Mudah Pada...

KUALA LUMPUR - Banyak pihak menjangkakan PAS berhadapan laluan mudah untuk mengekalkan kerusi...

Blok Asrama Murid Lelaki SK Long Busang Musnah Terbakar

SIBU – Sebuah blok asrama murid lelaki Sekolah Kebangsaan (SK) Long Busang, Belaga musnah dalam kebakaran pada kira-kira 3.40 petang semalam.

Asrama yang siap dibina setahun lalu bagi menggantikan blok yang musnah terbakar sebelumnya, dapat menampung kira-kira 30 orang murid.

Ketua Polis Daerah Belaga DSP Melay Tinggom yang mengesahkan kejadian itu berkata, kebakaran itu dipercayai berlaku akibat litar pintas, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Katanya mengikut laporan yang diterima daripada guru besar sekolah itu, Tomat Ntau, kebakaran itu turut memusnahkan dua bilik pembantu pengurusan murid dan semua dokumen murid.


SK Long Busang yang terletak berdekatan dengan perkampungan kaum Kenyah Badeng di Long Busang hanya dapat dihubungi menggunakan jalan darat selama satu setengah jam dari pekan Belaga ke Hidro Bakun sebelum menggunakan bot antara lapan hingga sembilan jam. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori