Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

SPRM Cari 3 Individu...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini sedang mengesan tiga individu bagi...

Isu Kecoh Forum: Bos...

SHAH ALAM – Pakatan pembangkang patut ‘malu sendiri’ apabila ternyata kekecohan dalam forum...

Lagi Panggilan Bom Palsu...

PETALING JAYA - Satu panggilan palsu mengenai ancaman bom menyebabkan sebuah universiti swasta...

APM Terima 61 Lori...

SEREMBAN - Penambahan aset sebanyak 61 lori lima tan (APM) akan meningkatkan kadar...

Buaya Sepanjang 15 Kaki Masuk Perangkap

BANDAR SERI BEGAWAN – Penduduk tempatan di Kampung Birau , Tutong dikejutkan dengan ‘tangkapan besar’ apabila mendapati seekor buaya sepanjang 15 kaki atau 4.6 meter terkena perangkap dipasang di Sungai Birau semalam.

Salah seorang penduduk kampung, Md. Isa Haji Layeh memberitahu The Brunei Times dalam sebuah wawancara telefon bahawa buaya berkenaan memang wujud di perairan itu kerana di kawasan berhampiran terdapat ladang ternakan kerbau penduduk kampung.

Buaya Sepanjang 15 Kaki Masuk Perangkap

“Sebahagian daripada ternakan penduduk kampung baru-baru ini pernah hilang secara misteri, jadi kami pun bertindak segera memasang perangkap untuk menangkap ‘si pelaku’,” katanya.

Jelas Md. Isa lagi, buaya yang berjaya ditangkap itu dipercayai sepanjang 15 kaki dan 2 kaki lebar telah masuk perangkap yang mereka pasang sekitar jam 7 pagi (sama waktu dengan Malaysia).


Selain perangkap bagi menghalang hidupan liar, ia juga sebagai langkah keselamatan. Malah menurut Md Isa, pihaknya turut menasihatkan penduduk kampung dan pengunjung lain supaya berhati-hati dan tidak berada berdekatan dengan kawasan sungai dan sekitarnya.

“Rata-rata penduduk menjadikan sungai berkenaan sebagai tempat untuk memancing, jadi kami menasihatkan mereka untuk lebih berhati-hati dan menjauhi kawasan di mana buaya ini biasanya dikesan atau muncul,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori