Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Rossi Juarai MotoGP Di...

PHILLIP ISLAND - Valentino Rossi dari Itali memenangi gelaran kali keenam, Grand Prix...

Kastam Kaji Sistem Pengoperasian...

SEPANG - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan melakukan kajian terperinci terhadap sistem...

YGMB Sasar 10,000 Guru...

PORT DICKSON: Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) menyasarkan seramai 10,000 orang guru menjadi...

Asyik Main Asmara, Bayi...

GARA-gara sibuk mengadakan hubungan seks, seorang ibu sanggup meninggalkan bayinya yang berusia tiga...

Budak 2 Tahun Ditinggal Dalam Kotak Tepi Jalan

KISAH penemuan seorang kanak-kanak lelaki yang dijumpai dalam sebuah kotak dan ditinggalkan di tepi Jalan Ampang Baru, Ipoh, Perak, kini menjadi viral menerusi media sosial.

Kanak-kanak kecil yang berusia dalam lingkungan dua tahun itu dilaporkan mujur ditemui orang awam kira-kira pukul 1.30 petang, pada 30 Julai lalu namun berita tersebut hanya dihebahkan baru-baru ini.

Berikutan kes itu, pihak polis kini sedang berusaha untuk mengesan ibu bapa atau waris kepada kanak-kanak berkenaan dan ia menjadi sensasi dalam kalangan netizen tempatan yang simpati dengan nasib mangsa.

Lebih menyedihkan, kanak-kanak itu kini kritikal dan sedang dirawat di Wad Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak (PICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di Ipoh ekoran mengalami masalah pendarahan otak.

Berita penemuan kanak-kanak itu disahkan oleh jurucakap Bahagian Siasatan Seksual/Keganasan Rumahtangga/Penderaan Kanak-Kanak (D11), Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh, Asisten Superintendan Kamariah Jamaludin.

“Pada 30 Julai lalu seorang kanak-kanak lelaki berusia lingkungan dua tahun ditemui dalam kotak dan ditinggalkan di tepi Jalan Ampang Baru 6, Ampang Baru di sini dan kini ditempatkan di PICU HRPB.


“Sehubungan itu polis ingin memohon bantuan orang ramai mengesan waris kanak-kanak berkenaan atau saksi yang mengetahui mengenai kanak-kanak itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Oleh itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes ini boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah D11 Asisten Superintendan Kamariah Jamaludin di talian 016-5249091 atau 05-2451628/1629. – MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • budak

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori