KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah selesai mengambil keterangan daripada Pengerusi Felcra Berhad, Datuk Bung Moktar Radin di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya semalam.
SPRM dalam satu kenyataan, berkata Bung Moktar dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan kes di bawah Akta SPRM 2009.
“Beliau telah diambil keterangan bermula 10 pagi hingga 3 petang ini,” kata kenyataan itu. – BERNAMA