Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Statut Rom: Allahuakbar! Sujud...

KUALA LUMPUR - “Allahuakbar…Allahuakbar…Allahuakbar.” Hanya kalimah Allah itu sahaja dapat dilafazkan oleh Ketua Pembangkang,...

Polis Tahan Penganggur Proses...

KAJANG - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seorang penganggur berusia 33 tahun selepas...

MIC Johor Batal Sambutan,...

JOHOR BAHRU - Badan Perhubungan MIC Johor hari ini mengumumkan sambutan Deepavali parti...

Petani Dilarang Bakar Sekam...

KANGAR - Larangan membakar sekam masih dikuatkuasakan manakala pembakaran jerami padi dibenarkan selagi...

Cadangan Gubal Akta Perlindungan Guru Diteliti – TPM

BAGAN DATOH – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi akan meminta Kementerian Pendidikan meneliti cadangan supaya Akta Perlindungan Guru digubal bagi melindungi pendidik di zaman yang semakin mencabar sekarang.

“Saya akan minta Kementerian Pendidikan supaya meneliti usul itu dahulu sebelum ia dibawa ke Kabinet,” katanya dalam ucapan penggulungan pada mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datoh 2016, di sini hari ini.

Mesyuarat yang dirasmikan Naib Presiden UMNO merangkap Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein itu dihadiri 477 perwakilan. Turut hadir Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir.

Usul bagi penggubalan akta itu diluluskan mesyuarat selepas dicadang oleh seorang perwakilan Wanita UMNO, Zalilawati Majidah yang antara lain bertujuan melindungi guru daripada diserang, diugut dan diancam oleh pelajar serta ibu bapa ketika menjalankan tugas rasmi.


Menurut Zalilawati, penggubalan akta itu juga bagi memberi perlindungan dan pembelaan kepada guru sekiranya terlibat dalam sebarang kes semasa menjalankan tugas rasmi atau tidak rasmi dalam kawasan sekolah atau di luar sekolah. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori