Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Tengku Zafrul Berdepan Saingan...

Kuala Selangor : Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berdepan...

GAMBAR: Penuntut BENGANG Kolej...

SEBUAH kolej di China mencetuskan kemarahan para penuntutnya apabila mendirikan tandas 'transparent' di...

Tak Payahlah Ambil Kesempatan...

PUTRAJAYA - Tidak timbul isu kerajaan tidak berperikemanusiaan dalam pengendalian pekerja asing ketika...

Mahkamah Tinggi Tetapkan 4...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi menetapkan 16 hari bermula 4 April ini untuk...

Calon SPM 2016 Maut Kemalangan Di Kuala Terengganu

KUALA TERENGGANU – Seorang calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) maut selepas motosikal yang ditungganginya dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Sultan Mahmud, di sini malam tadi.

Mangsa, Wan Amirul Ashraff Wan Rusli, 17, dari Kampung Kubang Jela, Manir, meninggal dunia di tempat kejadian dalam kemalangan yang berlaku pada pukul 10.15 malam itu.

Difahamkan, ketika kejadian pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Panji Alam itu dalam perjalanan dari Kuala Ibai menghala ke bandar Kuala Terengganu.

Namun motosikal jenis Modenas Kriss yang ditunggangi mangsa dipercayai dirempuh kenderaan pacuan empat roda yang datang dari arah bertentangan menyebabkan mangsa mengalami cedera parah di kepala dan badan.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Idris Abd Rafar ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian tersebut.

Katanya mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk dibedah siasat. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori