Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Reshma AF2016 Sukar Cipta...

PEMENANG tempat ketiga Akademi Fantasia 2016 (AF2016) Reshma mengakui agak sukar untuk dia...

Pahang Benam JDT, PKNP...

KUALA LUMPUR – Jaringan hatrik Patrick dos Santos Cruz berjaya membantu Pahang membenam...

Polis Selamat 7 Wanita...

BUKIT MERTAJAM - Polis menyelamatkan tujuh wanita warga Indonesia yang dijadikan hamba seks...

PPIM Tidak Gentar Ugutan...

PERSATUAN Pengguna Islam Malaysia (PPIM) tidak gentar dengan ancaman dan ugutan diterima daripada...

Campur Tangan Barat Ancaman Umat Islam – Hadi

KUALA LUMPUR – “Negara yang terserlah menentang umat Islam hari ini ialah kuasa-kuasa Barat, yang mengacau dunia Islam. Apa yang berlaku di Arab, yang berlaku di mana-mana, itu campur tangan kuasa-kuasa Barat.”

Demikian tegas Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam memberi peringatan kepada seluruh umat Islam mengenai sikap kuasa barat ke atas negara-negara Islam.

Malah, kata beliau, kuasa Barat yang pernah mengisytiharkan nakhoda baharu untuk memimpin dunia seluruhnya telah menganggap Islam sebagai pencabar.

“Dengan sebab itu, saya tegaskan bahawa, Turki dan Iran, mengikut nasihat Almarhum (Najmuddin) Erbakan, perlu mengadakan kerjasama dengan negara yang bermusuh dengan kuasa-kuasa Barat.

“Bukan kita nak menggalakkan benda-benda yang lawan cara keras ini. Tetapi, kita kena ajar mereka yang nak mempermain-mainkan Islam ini, jangan anggap orang Islam ini lemah,” katanya.


Beliau dilaporkan oleh laman Facebook rasmi PAS berkata demikian pada Ceramah Perdana Senario Politik Timur Tengah: Pasca Cubaan Rampasan Kuasa di Dataran KUIZM, Taman Melewar, di sini 14 Ogos lalu.

Justeru, Abdul Hadi mengingatkan bahawa umat Islam menganut satu ajaran yang kuat dan gagah yang tak boleh diperlakukan sewenang-wenangnya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori