Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

‘Tiada Perikemanusiaan’ Pecat Kerana...

PETALING JAYA - Kesatuan Kebangsaan Anak Kapal Kabin Penerbangan Malaysia (Nufam) mencari keadilan...

Atikah Suhaime Serius Mahu...

PELAKON baharu kelahiran Singapura, Atikah Suhaime kini serius mahu menempa nama sebagai penyanyi. Justeru Atikah...

Bekas Ahli Kumpulan Backstreet...

SEBUT sahaja nama kumpulan boy band, Backstreet Boys, pasti penggemar muzik era 1990-an...

TMJ Titah SMK Tanjung...

ISKANDAR PUTERI - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan berangkat meninjau...

Cara Sempoi Guru Ini Didik Pelajar Terima Pujian Netizen

SETIAP guru pastinya mempunyai teknik atau cara tersendiri bagi menarik minat murid-murid agar lebih memberikan tumpuan ketika sesi pembelajaran.

Ada yang sanggup mengeluarkan wang sendiri bagi menyediakan ‘prop’ untuk dibawa ke sekolah dan ini semua demi melihat anak-anak murid cemerlang dalam pelajaran.

Bagi seorang guru sejarah, Rysherz Rayn atau lebih dikenali sebagai Teacher Lydia, beliau mempunyai cara tersendiri mengajar anak muridnya, sesuai dengan subjek Sejarah yang mengajar mereka supaya kenal jati diri dan miliki semangat patriotisme.

Jom kita baca dan lihat gelagat guru ini mengajar, dengan cara pembelajaran di luar kelas yang dibawakan olehnya. Memang terbaik!

g4

Kelas sejarah saya hari ini mudah. (Tapi nak mengolahnya jadi karangan yang payah). Cerita ini panjang. Kalau nak tahu, baca. Tak nak pun tak apa.

Hari ini saya buat kuiz dengan pelajar tingkatan 1UKM di dataran. Saya tanya soalan2 berkaitan bab yang dipelajari, siapa angkat tangan dulu dia boleh cuba jawab. Kalau jawapan dia tepat, dia boleh langkah satu step ke depan. Tapi kalau jawapan dia salah, dia perlu undur satu step ke belakang.

Lebih banyak soalan yang berjaya dijawab, makin majulah pelajar itu ke depan. Kalau asek salah je, makin mengundurlah dia ke belakang. Atau kalau takut nak ambil risiko sangat, play safe, maka kekallah mereka di garisan yang sama sampai habis masa.

Dan di hari ini, pelajar dapat lebih dari sekadar siapa bendahara Melaka yang terbilang? Atau di tahun bila Portugis mula menyerang?

Hari ini mereka dapat merasa secubit asam garam kehidupan.

*****

“Tak aci lah teacher ni, asek orang yang sama je dapat jawab!”

Well, kalau dah orang yang sama je yang berani sahut peluang, orang yang sama je lah yang akan mendapat keuntungan. Hidup ni macam tu jugak. Peluang depan mata tapi ditengokkan saja, memang tak dapat apa-apa.

*****

“Kami bukan tak tau jawapan, teacher. Tapi tak sempat nak jawab, orang lain dah jawab dulu.”

Hidup ni memang macam tu. Siapa yang lambat / melembik / lemah gemalai bagai memang susah nak kejar peluang. Semua benda kat zaman ni kena pantas. Kena cepat. Kena segera. Sampul raya kat bank pun habis kalau datang last2 minit! Kita kena alert!


1

“Tapi mana aci teacher. Saya ni at least try jugak. Aleh2 dok belakang. Lagi belakang dari orang yang tak try. Aduhai.. baik takyah jawab!”

Siapa suruh angkat tangan tapi tak betul2 tahu jawapan? Main bedal je jawab. Padan muka! Macamtu jugak dengan hidup.

Dah nama pun peluang. Mestilah ada risiko. Setiap risiko yang kita ambil tapi gagal, kita akan jatuh lebih teruk dari asal. Kerja kalau semberono, tak study dulu, pakai buat asal siap, memang melingkup. Orang nak bisnes, awak nak bisnes. Orang nak kawin awak nak kawin. Orang bukak butik awak bukak butik. Orang main saham awak pun sibuk main saham. Tapi tak bersedia, tak prepare. Last2 hutang keliling pinggang. Hidup dari senang jadi tak senang.

Ambil peluang yang ada. Gapai. Capai. Do it. But do it wisely!

3

Ingat, hidup ni memang tak adil. Sebab kadang2 orang pengecut survive lama. Tapi kekal kat level tu je lah sampai bila2.

“Teacher makin ke depan-ke depan, kami yang belakang ni tak boleh nak dengar sangat soalan teacher. Sebab tu orang depan je dapat jawab.”

That’s what I called ‘privillege’. Kelebihan. Makin kita berjaya dalam hidup, makin banyak kelebihan yang kita dapat. Dan dengan kelebihan tu lah, orang kaya, orang pandai, orang femes akan terus kaya, pandai dan femes. Dan yang mundur akan terus mundur sebab makin lama makin luas jarak dia dengan sumber dan peluang yang jauuuuuuhhh nun di depan.

“Teacher, kami tak boleh borak dah sebab dia kat depan sana!” buat muka sedih sambil tunjuk rakan yang berada di depan.

To be honest. berapa banyak dalam hidup ni contoh hubungan yang mula-mula akrab lepastu sepi? Berapa banyak kawan yang dah tak jadi kawan sebab perbezaan status dan ekonomi?

*****
Welcome to a real life gambling, my dear! – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori