Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Protes Covid-19: Puluhan Penunjuk...

BEIJING: Human Rights Watch (HRW) mendakwa puluhan penunjuk perasaan masih ditahan di penjara...

Dua Beradik Ditahan Curi,...

JASIN - Dua adik-beradik ditahan kerana mencuri barang kemas milik ibu mereka dianggarkan...

Pakaian Rasmi Kontinjen Para...

KUALA LUMPUR – Pakaian rasmi negara yang digunakan untuk perbarisan sempena upcara pembukaan...

1MDB: PAS Tuntut Penjelasan...

KUALA LUMPUR: PAS menuntut penjelasan terperinci daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) berhubung siasatan aset dana milik 1MDB melibatkan akaun Iron Rhapsody Ltd dan Cutting Edge Industries Ltd.

Chen Si, Hero Patahkan Cubaan Bunuh Diri

ATAS dasar kemanusiaan dan tanggungjawab, Chen Si sanggup menghabiskan masa hujung minggunya dengan mematahkan banyak kes cubaan bunuh diri di jambatan sungai Nanjing Yangtze, China.

Sejak 13 tahun lalu, Chen Si dikatakan sering ke jambatan itu bagi memantau tingkah laku orang ramai yang cuba untuk membunuh diri dengan terjun dari jambatan tersebut.

“Saya menyelamatkan mereka ini adalah untuk menimbulkan kesedaran orang ramai terhadap tanggungjawab dan kasih sayang antara  satu sama lain,” katanya.

Sehingga kini, 300 orang telah berjaya diselamatkan Chen Si di jambatan yang sering menjadi lokasi utama membunuh diri.

Chen Si pernah ditampar dan dicaci pada awal usahanya membantu mereka yang cuba membunuh diri sehingga pernah mengakibatkan kecederaan pada dirinya.

Namun, ia tidak mematahkan semangat Chen Si untuk terus  menjadi ‘hero’ dalam membantu mereka yang sememangnya memerlukan  sokongan moral.

Dia juga menyediakan sebuah rumah yang dikenali sebagai ‘The Soul Center’ dengan memberikan kemudahan kepada individu yang cuba  membunuh diri untuk berehat dan mendapatkan rawatan kaunseling.


Bagi memastikan aktiviti sukarelanya berterusan, Chen Si bekerja  di sebuah syarikat logistik.

Setiap tahun Pertubuhan Kesihatan Sedunia menganggarkan lebih 800,000 orang mati akibat bunuh diri di seluruh dunia dan ini adalah punca kedua kematian yang membabitkan individu berusia 15 hingga 29 tahun.

Usaha Chen Si itu mendapat perhatian antarabangsa apabila  kisahnya dipaparkan dalam sebuah dokumentari Angel of Nanjing yang dihasilkan oleh Jordan Horowitz dan Fran Ferendo. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori