Friday, November 15, 2024

Creating liberating content

PAS Ucap Takziah Kepada...

KUALA LUMPUR - Banjir besar di Pulau Pinang membuktikan bencana kemanusiaan merupakan suatu...

SAPP Ulangi Sokongan Terhadap...

Kota Kinabalu : Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini mengulangi sokongan Gabungan Rakyat...

Lelaki Tangan Kudung &...

GEORGE TOWN - Seorang lelaki yang kudung tangan kanannya dan seorang jurujual didakwa...

Wow… Ini Model ‘Fashion...

WOW! Rekaan terbaru uniform salah sebuah syarikat penerbangan di China telah berjaya mencuri...

Chong Wei Yakin Malaysia Mampu Raih Emas Di Tokyo

SEPANG – Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei optimis kontinjen negara mampu mencapai pingat emas yang dinanti-nantikan pada Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Beliau berkata kejayaan kontinjen negara di Sukan Olimpik Rio de Janeiro 2016 membuktikan semua atlet mampu meraih pingat serta prospek pingat emas tidak lagi tertumpu pada badminton sahaja.

“Saya harap kejayaan kontinjen negara ini dapat menaikkan semangat pemain pelapis negara untuk lebih kompetetif seperti Pandelela Rinong dan penerjun yang lain.

“Memang saya kecewa selepas tiga kali cuba, saya tetap meraih pingat perak. Ini adalah Olimpik terakhir… Saya tidak fikir lagi sama ada mahu beraksi atau tidak di Olimpik Tokyo nanti,” katanya pada sidang media di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini.

Chong Wei juga akan berbincang dengan Pemangku Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Mohamed Al-Amin Abdul Majid untuk ke negeri-negeri bagi memberi semangat kepada pemain muda yang berminat dengan badminton.


Pemain berasal dari Pulau Pinang itu meraih pingat perak buat kali ketiga berturut-turut di Sukan Olimpik bermula pada 2008 di Beijing, 2012 di London dan tahun ini di Brazil.

Beliau juga menaruh harapan kepada pemain muda seperti Iskandar Zulkarnain Zainuddin untuk cemerlang di pentas antarabangsa bermula sekarang. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori