Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Isu Larangan Bacaan Doa:...

KUALA LUMPUR - Polis akan memanggil sembilan lagi individu untuk dirakam percakapan berhubung...

MCA Harap Kembalikan Sokongan...

KUALA LUMPUR - MCA berharap penghargaan rakyat kepada usaha parti selama ini dapat...

Pengalaman Sukar Dilupa Lihat...

TAWAU - Insiden helikopter Nuri Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mendarat cemas di...

Surat Amaran Ancaman Trump...

SYDNEY - Korea Utara menghantar surat amaran kepada Parlimen Australia menegaskan negara itu...

Demi Kekasih, Lelaki Belanda Sanggup 10 Hari Di China

KISAH cinta seorang lelaki Belanda, Alexander Pieter Cirk yang bermula daripada Internet namun akhirnya terkandas di tengah jalan menarik minat ramai netizen di seluruh dunia.

Lelaki itu dilaporkan kecewa setelah bersusah payah datang ke China semata-mata mahu menemui wanita yang dia suka semasa berkenalan di Internet, sebelum terdampar di lapangan terbang antarabangsa Changsa Huangua.

Cirk berkenalan dengan wanita bernama Zhang menerusi aplikasi sosial media dan sejak itu, pasangan tersebut mula suka antara satu sama lain sehingga menerbitkan perasaan cinta pada jiwa lelaki asing berkenaan.

Menurut Cirk, dia yang bosan kerana bercinta jarak jauh ribuan kilometer yang memisahkan mereka kemudian memutuskan untuk pergi sendiri ke China menaiki kapal terbang untuk menemui wanita pujaan hatinya itu.

Bagaimanapun sebaik tiba di China, wanita yang dicintai itu tidak kelihatan. Cirk yang menetap di terminal tersebut tetap menunggu dan yakin cinta antara mereka akan membuatkan Zhang datang menemuiinya.

Malangnya dia terpaksa menanti wanita tersebut 10 hari lamanya di lapangan terbang itu.

Demi Kekasih, Lelaki Belanda Sanggup 10 Hari Di China

Akibat letih, Cirk dibawa ke hospital dan kisah itu ditayangkan menerusi stesen TV tempatan akhirnya ‘membawa’ wanita tempatan itu datang menemuinya.


Zhang menjelaskan bahawa Cirk telah menghantar gambar yang menunjukkan lelaki itu berada di dalam kapal terbang tetapi Zhang tidak memahami maksud tentang gambar tersebut.

Menurut Zhang, mereka telah berjanji akan bertemu satu tahun lagi namun, Zhang terkejut dengan perilaku Cirk yang segera datang tanpa dijangka untuk berjumpa dengannya.

Ketika Cirk tiba di China, Zhang pula berada di luar kawasan melakukan urusan bisnis sehingga dia tiada masa untuk datang ke bandar berkenaan semula.

Zhang bagaimanapun mengaku dia tidak dapat mempertahankan hubungannya dengan Cirk ekali gus menyebabkan lelaki Belanda itu patah hati berasa dikecewakan, sebelum memilih untuk balik ke negaranya setelah sembuh. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori