MIAMI – Demi menyelamatkan seekor anak kucing yang menjadi sahabat baharunya, seorang wanita di Florida, Amerika Syarikat lebih rela keretanya dirosakkan menggunakan gergaji.
Menurut Denise Wilford-Neal, wanita yang tinggal di daerah Vero Beach, baharu mendapat seekor anak kucing daripada tempat pemeliharaan haiwan dan membawanya ke rumah.
Setelah sampai di rumahnya, anak kucing yang baharu dibelikan itu dilepaskan dan ia cuba lari bersembunyi.
Denise yang menyedari anak kucing peliharaanya bersembunyi dalam dashboard atau papan pemuka di keretanya. Lucunya lebih daripada sekali Denise telah cuba memanggil dan memujuk, namun si kucing menolak untuk keluar.
“Saya selalu melihat kucing bersembunyi, tetapi kucing ini pula tetap takut untuk keluar,” kata peserta bina badan anjuran World Bodybuilding and Physique Sports Federation.
Bimbang dengan keselamatan anak kucingnya itu, Denise meminta bantuan rakan-rakannya melalui media sosial. Dia memberikan tawaran untuk misi menyelamatkan anak kucingnya itu.
“Jadi, saya memuat naik kiriman menerusi Facebook, dan bertanya: Apakah cadangan anda?”
Selepas itu seorang mekanik datang dengan alatan mekanikal dan menawarkan pilihan kepada Denise unuk memecahkan keretanya. – MYNEWSHUB.CC