Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Lebuhraya PIL 1, LRT...

GEORGE TOWN - Projek Lebuhraya Pan Island Link 1 (PIL 1) dan Transit...

Kehadiran Ramai Anggota Polis...

SHAH ALAM – Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Selangor meminta orang ramai supaya tidak...

‘Beri Bukti, Saya Bolot...

Kuala Lumpur : Tun Dr Mahathir Mohamad menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

TLDM Tubuh TAC Tangani...

KUALA LUMPUR - Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menubuhkan pasukan 'Tim Atur Cepat'...

Denda RM300 Main Pokemon Go Ketika Memandu

KUALA LUMPUR – Mereka yang didapati bermain Pokemon Go ketika memandu kenderaan boleh didenda sehingga RM300, menurut Jabatan Pengangkutan Jalan.

Ketua Pengarah JPJ Datuk Nadzri Siron berkata denda itu sejajar dengan kesalahan menggunakan telefon bimbit ketika memandu.

“Sama ada pemandu menggunakan telefon bimbit untuk tujuan berkomunikasi mahupun untuk ‘tangkap’ karakter Pokemon ia tetap salah dan tindakan yang serupa akan diambil terhadap pesalah,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata jika perbuatan menggunakan telefon bimbit atau bermain Pokeman Go ketika memandu menyebabkan kemalangan dan kehilangan nyawa, mereka akan ditahan dan dituduh di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1986.

“Tiada kompromi dalam isu keselamatan orang awam,” tegasnya sambil menasihati orang awam supaya sentiasa berwaspada dan mengutamakan keselamatan diri dan pengguna jalan raya yang lain.

Menurut beliau, setakat ini masih belum ada pemandu di mana-mana negeri yang diambil tindakan kerana bermain Pokemon Go ketika memandu.

Pokemon Go telah mencetuskan gelombang baharu dalam permainan realiti berperantara dalam sejarah penciptaan aplikasi telefon pintar.

Ia merupakan permainan sembunyi-sembunyi konvensional yang memerlukan pemain mencari dan berlawan dengan karakter maya berdasarkan lokasi dunia sebenar yang dikesan melalui telefon pintar.


Aplikasi ini dilancarkan secara rasmi pada 6 Julai tahun ini di Australia, New Zealand dan Amerika Syarikat, sebelum tersebar ke lebih 30 negara sekarang.

Sementara itu di JOHOR BAHARU, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Johor Supt Baharuddin Mat Taib turut menasihati pengguna jalan supaya tidak menggunakan telefon bimbit dan bermain Pokemon Go bagi memastikan keselamatan di jalan raya terjamin.

Beliau berkata sejak Januari hingga Jun tahun ini, pihaknya sudah mengeluarkan saman terhadap 1,875 individu kerana menggunakan alat komunikasi semasa memandu atau menunggang kenderaan manakala 2,459 individu disaman dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, beliau turut mengingatkan orang ramai supaya tidak menggunakan lampu strobe pada kenderaan tanpa kebenaran.

“Penggunaan lampu strobe perlu mendapat kebenaran daripada Ketua Pengarah JPJ dan mereka yang melakukan kesalahan itu boleh dikenakan tindakan mengikut Kaedah 24 dan Kaedah 138 Kaedah-Kaedah Kenderaan Bermotor (Pembuatan dan Penggunaan) 1959 (LN 170/59).

“Lampu strobe merupakan sejenis lampu terang yang boleh kelihatan dari jarak jauh … pihak polis memandang serius mengenai kesalahan ini dan akan menggiatkan penguatkuasaan,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori