DALAM perniagaan, jika perkhidmatan yang dijalankan adalah terbaik, sudah pasti ia akan dihargai, dicari, malah dipromosikan oleh orang ramai di media sosial, mahupun dari mulut ke mulut.
Sesiapa sahaja yang berusaha dengan gigih dan ikhlas menjalankan kerja, maka balasan yang setimpal pasti diperolehnya.
Ini kerana rezeki bagi mereka yang berusaha itu terbuka luas, Allah memandang mulia orang yang berusaha atau bekerja mencari rezeki dengan titik peluh sendiri.
Kisah ini asalnya dikongsikan di pautan Facebook Mufarwa Farid, di mana beliau telah mendapatkan perkhidmatan membersih kusyen keretanya yang agak teruk dan kotor.
Setelah menghubungi seorang lelaki ini yang menjalankan perkhidmatan membersih ruangan dalaman kereta, alangkah terkejutnya beliau apabila mendapati hasil kerja yang diberikan oleh lelaki berkenaan adalah begitu menakjubkan.
Hari itu, aku call seorang brader ini. Dia buat perkhidmatan bersihkan kusyen kereta. Jadi aku pun minta dia datang ke rumah aku di Seremban 2 untuk bersihkan Myvi aku yang sudah berusia 9 tahun ini.
Jam 7:30 pagi, dia sampai di rumah, bersama dengan isterinya. Kemudian, dia mengeluarkan segala vakum dipasang pada suis luar rumah, letak air dalam satu baldi dan kemudian mulakan proses mencuci.
Kau bayangkan, kusyen kereta aku yang warna kuning selama ini, dia buat bersih gila. Ada satu kotor chewing gum di tempat duduk penumpang depan, hilang seperti tiada apa-apa sebelum ini.
Aku masuk kereta pagi tadi macam masuk kereta baru beli dari kedai. Memang mantoplah! Diorang siap vakum lantai kereta sampai hilang dah pasir-pasir di celahan kereta.
Perkhidmatan mantop! Orangnya pun mantop! Brader ini jenis orang yang baik-baik. Tengok janggut pun tahu, jenis orang yang pergi surau dia ini.
Dua jam dia buat kereta aku dah jadi cantik. Tak ada merungut, tak ada pun nak bising-bising complaint kereta aku ini kotor macam haram.
Kos untuk bersihkan kereta Myvi aku ini hanya RM80.00 sahaja. Bagi aku, kos ini sangat berpatutan memandangkan mereka buat kerja sampai 2 jam dan kotoran-kotoran degil memang betul-betul hilang.
Mereka berdua boleh pergi ke kawasan Seremban dan Senawang, Negeri Sembilan. Tempat lain, boleh cuba berbincang dengan dia. Dia akan datang ke rumah kau atau tetapkan perjumpaan di mana-mana asalkan ada plug elektrik dan paip air.
Boleh hubungi brader ini, 017-392 2516, Ferdaus, Tukang Cuci Kusyen Kereta NS untuk tempahan perkhidmatan. – MYNEWSHUB.CC