Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Anggota Polis Didakwa Bunuh...

Kangar : Mahkamah Majistret di sini hari ini mengarahkan anggota polis berpangkat Lans...

RM1 Bilion Untuk Dana...

KUALA LUMPUR - Selaku peneraju industri halal dunia, sejumlah RM1 bilion diperuntukkan menerusi...

Nelo Vingada Umum Perletakan...

SELEPAS mengadakan perbincangan dengan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku...

Kilang Sarung Tangan Musnah...

KLANG - Sebuah kilang membuat sarung tangan di Jalan Kapar, Klang, dekat sini...

Di Thailand Kena Buat Gaya “Heart Shape” Jika Gaduh

THAILAND sebelum ini pernah menjalankan peraturan unik di mana sesiapa yang ditangkap kerana memandu dalam keadaan mabuk, perlu dihukum dengan bekerja di rumah mayat.

Hukuman aneh itu ternyata memberi kesan apabila statistik kemalangan melibatkan pemandu di bawah pengaruh alkohol di negara ‘gajah putih’ tersebut menunjukkan kadar pengurangan.

Terbaharu, polis Thailand juga mengumumkan satu lagi peraturan ‘unik’ buat masyarakat umum sekiranya ditangkap kerana didapati bergaduh atau saling bertumbuk.

Peraturan terbaharu yang dikenakan adalah kedua-dua pihak yang didapati terbabit dalam pergaduhan, akan diwajibkan untuk membuat gaya Heart Shape sebagai usaha penyelesaian.

Ketika peraturan itu didedahkan Kolonel Polis, Sanit Mahathavorn, rata-rata netizen anggap pose tersebut amat kelakar lebih-lebih lagi setelah melihat aksinya yang melakukan ‘Heart Shape’ dengan menggunakan tangan.

Ada pihak berpendapat peraturan yang diadakan itu memang di luar jangkaan orang ramai tapi dalam masa sama agak berkesan.

Difahamkan, ia berikutan kebelakangan ini sering berlaku kejadian pelajar bergaduh sehingga saling menumbuh, justeru pihak polis pun menghasilkan idea itu.


“Disebabkan bergaduh sehingga tunjuk jari tengah, adalah lebih baik tunjuk ‘Heart Shape‘ dan serlahkan sifat kasih sayang anda sekali gus menjalin semula persahabatan antara satu sama lain,” kata Sanit.

Peraturan kreatif tersebut dianggap menyeronokan oleh kebanyakan netizen dan rata-ratanya berpendapat ia bersifat humor lagi menguji tahap penghinaan seseorang.

Ini terbukti setelah diperkenalkan peraturan itu, para pelajar tidak berani bergaduh lagi kerana rata-rata rasa terhina dan segan untuk bertindak tunjuk ‘Heart Shape’. -MYNEWSHUB.CC

Sumber: Samuitimes

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori