Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

‘Tiada Perikemanusiaan’ Pecat Kerana...

PETALING JAYA - Kesatuan Kebangsaan Anak Kapal Kabin Penerbangan Malaysia (Nufam) mencari keadilan...

Pekerja Hotel Mengaku Tidak...

SEREMBAN - Seorang pekerja hotel dan rakan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini,...

Exco Didakwa Rogol Mungkin...

KUALA LUMPUR - Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu berkata pihaknya tidak menolak...

Tak Puas Bermanja, Ramona...

PELAKON Ramona Zamzam atau nama sebenarnya, Ros Ramona Qadira Mohd Zamzam, 26 dan...

Dibaling Pembaris, Pelajar Tingkatan 2 Mungkin Buta

JOHOR BAHRU – Hanya gara-gara menegur rakan sekelasnya berbuat bising, seorang pelajar tingkatan dua menjadi mangsa apabila dibaling pembaris plastik hingga menyebabkan matanya cedera dan berkemungkinan buta.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.10 petang Isnin lalu, mangsa H Shalini, 14, dikatakan sedang mengikuti kelas seni sebelum menegur pelajar lelaki itu supaya tidak membuat bising.

Kejadian dibaling pembaris itu sekali gus menyebabkan mata Shalini berair dan membengkak.

Apa yang lebih mendukacitakan, menurut Shalini, rakannya sudah memaklumkan kepada guru di dalam kelas namun tidak mengambil sebarang tindakan sebaliknya meminta rakannya itu kembali ke tempat duduk.

“Selepas tamat waktu sekolah, bapa saudara saya yang menjemput terkejut melihat mata saya merah sebelum membawa saya ke klinik.

“Doktor tidak memberi apa-apa rawatan sebaliknya merujuk saya ke hospital pakar kerana khuatir mata saya mengalami jangkitan kuman,” katanya.

Sementara itu, bapa saudaranya, Dr. KM Letchmighandan berkata, pemeriksan hospital mengesahkan Shalini mengalami kecederaan selaput mata kanan sepanjang satu sentimeter.

Berikutan itu, Shalini terpaksa menjalani pembedahan membuang selaput koyak, Isnin lalu dan bakal menjalani pembedahan kedua dalam tempoh sebulan bagi memasukkan silikon selaput mata.

Dalam pada itu, Dr KM Letchmighandan memberitahu, dia terkilan dengan kejadian menimpa anak saudaranya itu kerana kini berdepan risiko kehilangan penglihatan.


“Bagaimanapun tiada jaminan matanya sembuh sepenuhnya dan sekiranya dia mengalami kecacatan, ia menjejaskan masa depan.

“Saya juga tidak berpuas hati dengan tindakan guru yang berdiam diri pada waktu kejadian dan tidak segera menghubungi ibu bapa atau penjaga bagi memaklumkannya supaya kami dapat membawanya ke klinik,” katanya.

Satu laporan polis juga telah dibuat di di Balai Polis Nusajaya berkenaan kes ini. – MYNEWSHUB.CC

 

Sumber: Harian  Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori