Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Ada 90 Tekapan Seterika...

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam memutuskan sebanyak 90 tekapan seterika wap yang dilakukan...

Singapura Ketat Keselamatan Pasca...

SINGAPURA - Pihak berkuasa Singapura pada Khamis dilapor telah memperketatkan tahap keselamatan di...

Tidak Perlu Lesen Memandu...

ARAU - Rakyat Malaysia yang memandu di Thailand tidak perlu memiliki lesen antarabangsa,...

Mesyuarat Kabinet Di Kuching...

KUCHING - Mesyuarat Kabinet Persekutuan di Petrajaya hari ini bukanlah perkara luar biasa...

Dibuang Keluarga Selepas 16 Tahun Mogok Lapar

`Wanita Besi’ India, Chanu Sharmila telah menamatkan mogok laparnya selama 16 tahun pada Selasa lalu namun mengejutkan apabila keputusan berkenaan telah ditolak oleh penyokongnya.

Lebih menyedihkan apabila ibunya, Sakhi Devi, enggan menerima Sharmila.

Dia telah diboikot oleh keluarganya sendiri hinggakan Sakhi enggan bertemu anaknya itu.

“Ibu saya enggan membenarkan Sharmila balik ke rumah kerana dia tidak memenuhi janji yang dibuatnya 16 tahun lepas,’’ kata abangnya, Singhajit Singh.

Sharmila pernah berjanjai akan meneruskan mogok lapar sehingga akta kontroversi yang memberikan tentera kuasa bertindak tanpa halangan di kawasan bergolak ditamatkan.

Beliau menamatkan mogoknya sedangkan akta berkenaan masih lagi diguna pakai.

Ia ternyata sesuatu yang mengejutkan dan memandangkan dia tidak diterima oleh sesiapapun, Sharmila tiada pilihan kecuali balik semula ke sel khas di JN Hospital.

Selain tiada tempat untuk dituju, Sharmila dimasukkan ke sel berkenaan bagi memudahkan pemantauan dijalankan ketika dia mula mengambil makanan pepejal.


Pada 9 Ogos lalu, Sharmila telah merasa secubit madu dengan jarinya sebagai simbolik bahawa dia telah menamatkan mogok laparnya selama 16 tahun.

Sharmila, 44 tahun, dijulang ramai sebelum ini kerana menjadil simbol kepada penentangan terhadap keganasan di timur laut Manipur, India. Dia menolak makanan sejak November 2000.

Beliau memulakan mogok lapar itu selepas 10 orang awam dibunuh oleh tentera di Manipur. Memandangkan Sharmila enggan makan, maka dia didakwa cuba membunuh diri, iaitu satu perbuatan yang diklasifikasikan sebagai kesalahan jenayah di India.

Sejak itu juga Sharmila telah dipaksa makan dengan menggunakan tiub.

Namun selepas 16 tahun, beliau menukar pendirian untuk makan semula bagi membolehkannya bertanding pada pilihan raya negeri yang dijadualkan pada 2017.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori