Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Gelandangan Ditawar Latihan Dan...

GELANDANGAN di sekitar ibu negara akan diberi latihan dan kursus suai kenal pendek...

MyCC Siasatan Seluruh Rantaian...

PUTRAJAYA: Siasatan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) terhadap semua penggiat industri ayam dijangka selesai...

Slot Khas Di Web...

SETELAH sekian lama dilihat sebagai tabu untuk dibincangkan dalam kalangan masyarakat secara terbuka, satu...

SPAD Lancar Aplikasi MeterOn...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) hari ini melancarkan aplikasi MeterOn...

Doa Untuk Malaysia Sasar 150,000 Orang

PROGRAM ‘Doa Untuk Malaysia’ yang bakal diadakan sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2016 di Dataran Merdeka pada 13 Ogos ini menyasarkan penyertaan 150,000 orang.

Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi berkata program kali ketiga itu akan menampilkan majlis selawat dan qasidah yang dipimpin Habib Syekh Qadir Asseqqaf dan Habib Ali Zaenal Abidin Abu Bakar Al Hamid dari Indonesia bersama kumpulan nasyid tempatan Al-Mawlid dan Inteam.

“Saya mengambil kesempatan menjemput semua rakyat Malaysia bersama-sama menyertai program Doa Untuk Malaysia untuk kita bersama-sama mendoakan kesejahteraan negara yang dilanda pelbagai ujian ketika ini,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Mesra Aidilfitri Jasa di ibunegara malam tadi.

Menurutnya, program doa itu turut diadakan pada malam sama oleh penganut agama lain di rumah ibadat masing-masing bagi mensyukuri nikmat kemerdekaan yang dikecapi selama ini.

Program anjuran Jasa dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Yayasan Pendidikan Cheras, dan RTM itu dijadual bermula pada 7 malam. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori