Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Serah Lagi Pegawai SPRM...

KUALA LUMPUR - "Saya memandang serius dan tidak akan berkompromi dalam hal ini,"...

LHDN Anjur Konsultansi Awam

PETALING JAYA : Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menganjurkan konsultasi awam dengan orang...

Inilah Cara Basuh Sayur...

DALAM penyediaan makanan, perkara yang paling perlu kita ambil berat adalah kebersihan makanan...

Lans Koperal Didakwa Lakukan...

KUALA LUMPUR - Seorang anggota polis didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari...

Dr. Pakar Gleneagles Didakwa Elak Cukai Lebih RM6.5 Juta

KUALA LUMPUR – Seorang doktor pakar di Hospital Gleneagles di sini didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas lima pertuduhan mengelak membayar cukai pendapatan berjumlah lebih RM6.5 juta.

Leftenan Kolonel (B) Datuk Dr Lee Chiang Heng, 57, yang juga mempunyai klinik persendirian, mengaku tidak bersalah terhadap kelima-lima pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Majistret Siti Radzeah Kamarudin.

Pengakuan tidak bersalah itu dibuat Mohd Idhan Omar, 32, mewakili Lee yang tidak dapat hadir ke mahkamah kerana urusan kerja. Mohd Idhan merupakan pekerja Lee.

Lee yang merupakan Orang Kena Saman (OKS) turut mengemukakan surat kuasa kepada mahkamah memaklumkan beliau tidak dapat hadir dan mewakilkan Mohd Idhan pada prosiding hari ini.

Dia didakwa secara sengaja dan dengan niat untuk mengelak cukai pendapatan daripada perniagaan klinik dan perkhidmatan di hospital swasta berkenaan keseluruhannya berjumlah RM25,063,265.00 yang sepatutnya dimasukkan dalam Borang Nyata (Borang B) Tahun Taksiran 2007, 2008, 2009, 2010 dan 2011 yang menyebabkan cukai terkurang sebanyak RM6,567,992.59.

Lee sepatutnya membayar cukai berjumlah RM638,171.80 bagi tahun 2007, RM1,282,035.16 (tahun 2008), RM1,415,004.68 (tahun 2009), RM1,549,877.13 (tahun 2010) dan RM1,682,903.82 (tahun 2011) yang kesemuanya berjumlah RM6,567,992.59.


Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di klinik dan hospital berkenaan di Jalan Ampang, di sini antara bulan Jun 2008 hingga Jun 2012.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 114 (1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya dan hendaklah membayar penalti khas tiga kali ganda dari cukai terkurang bagi setiap pertuduhan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Lembaga Hasil Dalam Negeri Mohd Shafuddin Hasan manakala Lee diwakili peguam Dir Kheizwan Kamaruddin.

Mahkamah menetapkan 20 Sept untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori