Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Tender Makanan Asrama: Kontraktor...

SEORANG kontraktor direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan...

KKM: Kes HIV Dijangka...

KEPALA BATAS - Kementerian Kesihatan menjangka kadar kes baharu HIV yang dilaporkan kepadanya...

Shaheizy Sam, Syatilla Melvin...

PASANGAN selebriti popular, Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin selamat menimang cahaya mata sulungnya,...

Luahan Menyayat Hati Anak...

Entah mengapa, secara tiba-tiba luahan seorang lelaki yang mendedahkan dirinya sebagai anak Mohd...

2 Ikon Sukan Lasak Galas Misi Ekspedisi Kutub Utara 2017

SERI ISKANDAR – Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia(KE7B) hari ini mengumumkan penambahan dua Ikon Sukan Lasak Negara yang akan menggalas misi Ekspedisi Kutub Utara 2017 yang dijadualkan bermula pada April tahun hadapan.

Penasihat KE7B, Datuk Akmar Hisham Mohkhles berkata, kedua-dua Penjelajah Negara iaitu Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin, 34, serta Shahrom Abdullah, 37, dipilih kerana mempunyai pengalaman yang luas dalam sukan ekstrem dan telah sedia mencipta nama di peringkat nasional dan antarabangsa.

KE7B dengan ini mengumumkan dua orang Ikon Sukan Lasak dipilih untuk menjayakan misi Ekspedisi Kutub Utara 2017 KE7B Malaysia iaitu Muhammad Muqharabbin Mokhtarrudin dan dan atlet dualthon dan triathon, Shahrom Abdullah.

Sebelum ini, iaitu pada 22 April lalu, seorang anak jati Sarawak iaitu Muhammad Irwan Yusoff, 36, yang berasal dari Kuching telah diumumkan sebagai Penjelajah Negara bagi menjayakan misi tersebut.

“Ini menjadikan KE7B akan diwakili oleh Tiga Penjelajah bagi menjayakan misi ekspedisi ke Kutub Utara itu nanti,”  katanya pada sidang media yang diadakan di perkarangan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), di sini hari ini.

Serentak dengan pengumuman itu, satu sesi latihan fizikal fasa pertama turut diadakan pada pagi tadi membabitkan aktiviti berjalan kaki sambil menarik bebanan seberat 50 kilogram sejauh 3 kilometer.

2 Ikon Sukan Lasak Galas Misi Ekspedisi Kutub Utara 2017
Peserta ekspedisi Kutub Utara, dari Kanan Shahrom Abdullah, Muhammad Irwan Yusoff dan Muhammad Muqharabbin Mokhtarrudin.

2 Ikon Sukan Lasak Galas Misi Ekspedisi Kutub Utara 2017

2 Ikon Sukan Lasak Galas Misi Ekspedisi Kutub Utara 2017

Menurut Akmar, latihan itu adalah sebagai penyesuaian untuk penjelajah yang akan merentas Kutub Utara secara berski sambil menarik kenderaan luncur salji yang mengandungi peralatan dan kelengkapan ekspedisi.

Sebagai rekod, Muhammad Muqharabbin yang juga Presiden KE7B merupakan Pendaki Everest 2004 dan Pendaki Malaysia Pertama menamatkan pendakian 7 puncak tertinggi di 7 benua dunia pada 2010.

Shahrom yang merupakan atlet sukan lasak dualthon dan triathlon negara, baru sahaja berjaya menamatkan misi rentas Kutub Selatan pada 2015 sementara Muhammad Irwan pula adalah atlet sukan lasak dan pernah menjayakan misi merentas Greenland pada 2014.

Tambah Akmar, KE7B telah melakar banyak kejayaan di peringkat antarabangsa antaranya menerusi Misi Pendakian 7 Puncak Tertinggi 7 Benua Dunia 2010, Misi Mengayuh Basikal di 23 Negara, Misi Renangan Selat Inggeris 2012, Misi Everest Felda 2013, Ekspedisi Merentas Greenland 2014, Misi Ekspedisi Rentas Kutub Selatan 2015 dan Ekspedisi Berkayak Mengelilingi Semanjung Malaysia 2015.

KE7B dalam tempoh kurang setahun dari sekarang akan mengambil penekanan intensif  dalam menjalankan beberapa siri latihan fizikal dan mental bagi menghadapi cabaran getir Kutub Utara kelak.

2 Ikon Sukan Lasak Galas Misi Ekspedisi Kutub Utara 2017


2 Ikon Sukan Lasak Galas Misi Ekspedisi Kutub Utara 2017

Dalam ekspedisi itu nanti, peserta akan memasuki Kutub Utara menerusi Longyearbyen, Svalbard, Norway, sebelum mengambil penerbangan khas masuk ke Kutub Utara di Stesen Barneo bagi memulakan ski di permukaan lautan Artik yang beku berais sepenuhnya.

Mengikut perancangan KE7B, ekspedisi tersebut akan dilaksanakan sama ada secara ‘All The Way’ sejauh 222 kilometer(KM) yang memakan masa selama 21 hari atau ekspedisi ‘Last Degree Ski’ sejauh 111KM yang akan memakan masa selama 11 hari.

KE7B akan memutuskan pilihan jarak ekspedisi tersebut sebaik mendapat pengesahan daripada pihak pengurusan di Kutub Utara pada awal tahun depan, selain mengambil kira faktor logistik dan keadaan cuaca yang mengizinkan atau sebaliknya.

Antara cabaran yang bakal ditempuh oleh Penjelajah Negara ialah keadaan cuaca dengan suhu melampau sejuk serta faktor fizikal seperti keadaan geografi di Kutub Utara.

“Selain cuaca sejuk yang ekstrim dengan suhu mencecah negatif 40 darjah selsius, mereka turut berdepan cabaran rekahan ais, permukaan muka bumi yang kasar serta timbunan salji berbonjol yang pasti menyukarkan aktiviti berski.

“Malah beruang kutub juga boleh menjadi ancaman kepada mereka kerana Kutub Utara sememangnya merupakan habitat haiwan tersebut,” tambah Akmar.

2 Ikon Sukan Lasak Galas Misi Ekspedisi Kutub Utara 2017

Ketiga-tiga Penjelajah Negara itu juga akan berdepan dengan cabaran keupayaan diri sendiri untuk berski sambil menarik beban ‘sledge’ yang mengandungi barang-barang keperluan seperti peralatan khemah, bekalan makanan dan pelbagai peralatan lain lagi yang dianggarkan seberat 70 kilogram.

Dalam pada itu, KE7B selaku pengelola ekspedisi turut menjemput dan mengalu-alukan mana-mana pihak yang sudi untuk sama-sama menjayakan ekspedisi ini dengan tampil sebagai penaja, serta sangat berbesar hati jika ada pihak yang sudi bersama-sama menyahut seruan kepimpinan Negara dalam melahirkan lebih ramai Ikon Negara yang diraih di peringkat antarabangsa sekaligus memartabatkan lagi Agama, Bangsa dan Negara. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori