Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Krisis Malaysia-Korea Utara Tidak...

MUAR - Ketegangan hubungan diplomatik Malaysia-Korea Utara berikutan kes pembunuhan Kim Jong-nam di...

Bapa Ikat Bayi Pada...

TAIWAN – Apa agaknya yang difikirkan oleh lelaki ini apabila dia mengikat bayinya...

Malaysia Kutuk Ujian Bom...

KUALA LUMPUR - Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya ujian bom hidrogen bawah tanah yang dilakukan...

PH Sudah Lama Sokong...

SHAH ALAM - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail...

Dua Jam Dengan Hasil Samun, Akhirnya Tertangkap

SHAH ALAM – Belum sempat merasai hasil samun, seorang lelaki ditahan kerana dipercayai terlibat dalam kes samun kedai serbaneka 24 jam di Jalan Pelabur, Seksyen 23, di sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.50 pagi itu, suspek berusia 20 tahun bersama rakannya yang bersenjatakan parang memasuki premis dan mengarahkan pekerja warga Bangladesh menyerahkan wang di dalam mesin tunai dan beberapa kotak rokok yang dianggarkan bernilai RM300.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, mangsa membuat laporan dan hasil penelitian rakaman litar tertutup dapat mengenal pasti pakaian yang dipakai kedua-dua suspek.

Menurutnya, kedua-dua suspek ditemui kira-kira jam 4 pagi dalam keadaan mencurigkan oleh anggota polis peronda (MPV) yang sedang melakukan rondaan di stesen pam minyak di Seksyen 18.

“Polis mengejar suspek sehingga di hadapan kilang di Seksyen 24 sebelum motosikal yang ditunggang terbabas dan rakan suspek melarikan diri.

“Pemeriksaan polis menemui wang tunai RM60 bersama suspek yang dipercayai hasil samun,” katanya.


Suspek mengaku terbabit dengan kegiatan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan. – MYNEWSHUB.CC

 

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori