Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Iran Larang Penggunaan Media...

KEPUTUSAN drastik telah dilakukan oleh Kementerian Pendidikan Iran dengan mengharamkan penggunaan rangkaian media...

Guru Maut Dipanah Petir

Seorang guru maut selepas dipercayai dipanah petir ketika dalam perjalanan dari sekolahnya, Sekolah Kebangsaan Bungan Besar, Batang Igan dekat sini menuju ke Sungai Kut dengan menaiki perahu petang tadi.

Institusi Pendidikan Perlu Lahir...

KUALA LUMPUR - Anggota Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini...

Mayat Mereput Tanpa Identiti...

KUALA LUMPUR - Polis menemui satu mayat yang disimen dan mereput di lantai...

Dzulkifli Mahu ‘Bersihkan’ Perkhimatan Awam

PUTRAJAYA – Perkhidmatan awam yang bersih daripada gejala rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa. Itu fokus utama Ketua Penguat Kuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu, Datuk Dzulkifli Ahmad dalam menerajui organisasi itu.

“Kita tidak mahu perkhidmatan awam dicemari dengan perbuatan rasuah dan ada pegawai kanan yang dilihat berkehidupan mewah melebihi pendapatannya serta mengumpul harta melalui perbuatan jenayah rasuah,” katanya dalam temu bual bersama BERNAMA, di sini hari ini.

Beliau berkata penumpuan akan diberi kepada agensi penguatkuasaan, kawal selia, pihak berkuasa tempatan dan syarikat berkaitan kerajaan selaras dengan hasrat Program Transformasi Kerajaan.

Katanya peranan pegawai integriti juga akan diperkukuhkan agar integriti serta tadbir urus perkhidmatan awam dapat dipertingkatkan.

“Ini akan mengurangkan ketirisan dan terus memastikan sistem penyampaian perkhidmatan awam mencapai satu tahap yang lebih memberangsangkan,” katanya.

“Golongan yang tiada maruah diri inilah yang menyebabkan keseluruhan perkhidmatan awam tercemar dan dipandang serong,” katanya.

Dzulkifli yang sebelum ini merupakan Pengarah Pasukan Penguat Kuasa Pemulihan Hasil Negara di Jabatan Peguam Negara turut melihat pelantikannya sebagai ‘bos’ baharu SPRM akan mengeratkan lagi kesinambungan hasil kerjasama positif yang telah dilaksanakan antara Pasukan itu dan SPRM yang telah terjalin sekian lama.

“Pengalaman yang saya jana ketika berfungsi sebagai Pengarah Pasukan Penguat Kuasa Pemulihan Hasil Negara serta keterlibatan saya dalam pendakwaan beberapa kes rasuah, jenayah perdagangan dan pengubahan wang haram berprofil tinggi akan saya kongsikan bersama pegawai-pegawai SPRM.


“Ini sudah tentu dapat melancarkan dan membantu memperluaskan lagi usaha-usaha pencegahan dan pembanterasan gejala rasuah,” katanya.

Pada sesi temu bual itu, Dzulkifli turut menegaskan bahawa tugas dan peranannya kini bukan hanya tertumpu kepada meneruskan usaha untuk menyiasat kes berprofil tinggi malah juga memfokuskan kepada kes-kes berkepentingan rakyat.

“Ini tidak bermakna bahawa kita akan meminggirkan kes-kes yang kecil kerana kesalahan rasuah ini tidak bersempadan. Sama ada kecil atau besar nilai rasuah, ia tetap satu kesalahan,” katanya.

“Isu rasuah adalah isu rakyat dan SPRM harus dilihat bersama rakyat dan sebagai pembela rakyat,” katanya.

Dzulkifli berkata dalam menjamin usaha mencegah jenayah rasuah dilaksanakan secara holistik, SPRM kini akan memberi fokus kepada usaha-usaha dan tindakan merampas semula harta-harta yang diperoleh hasil gejala rasuah berdasar peruntukan undang-undang sedia ada.

Dalam temu bual sulung dengan media itu, Dzulkifli turut memberi nasihat dan amaran kepada mereka yang terlibat dengan rasuah dan salah guna kuasa agar menghentikannya dengan kadar segera sebelum SPRM mengambil tindakan. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • SPRM

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori