Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Daftar Juga 3.6 Juta...

KUALA LUMPUR - Kira-kira 3.6 juta warganegara yang layak mengundi selepas melepasi umur...

Guru, Bayi Perempuan Maut...

TANJONG KARANG: Seorang guru lelaki dan bayi perempuan maut dalam satu kemalangan membabitkan...

Lagi Pakej Kapsul Iklan...

HANYA dengan RM50 ribu, iklan jenama anda akan bersiaran sebanyak 250 putaran. Semuanya...

Kesibukan Buat Nana Jarang...

SEMENJAK menjuarai program Gegar Vaganza musim kedua, rezeki penyanyi Siti Nordiana nampaknya semakin...

Dzulkifli Mahu SPRM Mesra Rakyat, Digeruni Perasuah

KEPALA BATAS – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Dzulkifli Ahmad mahu SPRM menjadi suruhanjaya yang mesra rakyat tetapi digeruni perasuah.

Dalam lawatan kerja pertamanya ke Pulau Pinang, selepas dilantik sebagai ketua pesuruhjaya berkuat kuasa 1 Ogos lepas, beliau berkata pintu pejabatnya sentiasa terbuka untuk rakyat yang mempunyai masalah atau aduan berkaitan rasuah.

“Saya telah nyatakan kepada pegawai-pegawai saya bahawa isu rasuah adalah isu rakyat. SPRM perlu dirasai bersama. SPRM mesti mesra dengan rakyat tetapi perlu juga digeruni.

“Dengan rakyat kita mesra, kita bersama rakyat membela rakyat, tetapi dengan perasuah kita peranginya habis habisan,” katanya ketika berucap pada majlis Merakyatkan SPRM di Masjid Al-Jamiul Badawi di sini, malam ini.

Turut hadir Pengarah SPRM Pulau Pinang yang baharu Datuk Abdul Aziz Aban.

Pada majlis itu, Dzulkifli turut mengimamkan solat Maghrib dan Isyak selain menyertai majlis tahlil.

Dzulkifli berkata beliau mengharapkan doa semua pihak agar diberikan kekuatan dan hidayah bagi membuat keputusan yang betul dalam melaksanakan tugasnya.


“Saya mahu mengangkat SPRM ke tahap yang dapat melaksanakan amanah yang telah diberikan oleh negara. Saya mohon sangat-sangat tuan-tuan dan puan-puan bersama saya mendoakan saya dan rakan-rakan saya, pegawai-pegawai saya dalam melaksanakan amanah ini,” katanya.

Sementara itu, Abdul Aziz berkata beliau akan meneruskan kecemerlangan pencapaian SPRM Pulau Pinang dengan memberi tumpuan kepada agensi penguatkuasaan, kawal selia, pihak berkuasa tempatan dan syarikat berkaitan kerajaan.

Katanya beliau akan memastikan Pulau Pinang dan SPRM keseluruhannya terus mendapat keyakinan rakyat dengan memperbanyak inisiatif mendekati rakyat.

Abdul Aziz, yang sebelum ini merupakan Pengarah SPRM Wilayah Persekutuan Putrajaya, menggantikan Datuk M.Samarajoo yang bersara wajib pada 21 Ogos ini. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • SPRM

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori