Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

EU, Belgium Beri Jaminan...

KUALA LUMPUR - Kesatuan Eropah (EU) dan Belgium hari ini memberi jaminan perjanjian...

Proses Kosongkan Kuil Di...

SHAH ALAM - Proses mengosongkan Kuil Sri Maha Mariamman Seafield di USJ 25,...

Bertemu Yuszlan Yon: Melayu...

MINGGU lalu ulasan buku Kisah di Sebalik Bulan (KdSB) menerima banyak tanggapan umum. Antaranya:...

MySejahtera Cuba Digodam 1.12...

PUTRAJAYA : Audit terhadap Pengurusan Pendaftaran Penerima Vaksin COVID-19 dan Aplikasi MySejahtera mendapati...

Dzulkifli Mula Tugas Sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM Baharu

PUTRAJAYA – Datuk Dzulkifli Ahmad hari ini memulakan tugas sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu di Ibu Pejabat SPRM di sini.

Beliau yang tiba tepat pada 8 pagi disambut barisan pengurusan tertinggi SPRM yang diketuai Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) Datuk Seri Mohd Jamidan Abdullah.

Hadir sama termasuk Pengarah Bahagian Keselamatan SPRM Datuk Alias Salim dan Pengarah Bahagian Siasatan SPRM Datuk Azam Baki.

Beliau kemudiaannya mengetip kad perakam waktu sebelum masuk ke pejabat.

Dzulkifli, yang sebelum ini merupakan Pengarah Pasukan Penguatkuasa Pemulihan Hasil Negara, Jabatan Peguam Negara, menggantikan Tan Sri Dr Abu Kassim Mohamed.


Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa pada Jumaat lepas mengumumkan pelantikan Dzulkifli sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu mulai 1 Ogos 2016 sehingga 31 Julai 2021.

Abu Kassim pula akan ditempatkan sebagai Pakar Perunding Integriti, Fakulti Undang-undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM). – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori