Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

WHO Isytihar Darurat Antarabangsa...

GENEVA - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan darurat antarabangsa berikutan penularan virus Zika...

Muhyiddin Ada Majoriti Di...

KUALA LUMPUR - Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak menyuarakan keyakinannya hari...

Tiada Larangan Terima Organ,...

KUALA LUMPUR - Tidak ada larangan untuk memindahkan organ seseorang yang bukan beragama...

Kerajaan Negeri Sedia Bantu...

JOHOR BAHRU - Kerajaan negeri bersedia membantu penduduk Orang Asli dari Kuala Masai...

EAIC Nafi Lima Warga Asing Maut Didera Di Depot Tahanan

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) menafikan laporan media Kemboja, The Cambodia Daily seramai lima warga negara itu dan dua warga Vietnam didera hingga mati di Depot Tahanan Imigresen Juru, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Pengerusinya, Datuk Yaacob Md. Sam berkata, EAIC telah membuat lawatan mengejut ke depot tahanan tersebut pada 22 Ogos lalu disertai dua pegawai Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berikutan dakwaan tersebut.

“Hasil daripada lawatan yang dijalankan EAIC mendapati dakwaan kematian warga asing dan penderaan yang dilaporkan adalah tidak benar dan tidak berasas.

“Seramai 10 tahanan wanita ditemubual penyiasat EAIC termasuk satu-satunya wanita Kemboja yang masih ada di depot tersebut bernama Kheng berumur 18 tahun. Kheng mengesahkan layanan baik oleh pegawai Imigresen dan tiada tahanan didera sepanjang beliau di situ.

“Sebelum Kheng ditempatkan di depot tersebut, terdapat 17 orang warga Kemboja wanita telah ditahan di situ dari Disember 2015 sehingga bulan Jun 2016. Kesemua 17 orang tahanan warga Kemboja tersebut dihantar pulang pada 13 Julai 2016,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

The Cambodia Daily sebelum ini melaporkan dua wanita rakyat negara itu mendakwa mereka menyaksikan tahanan warga asing didera dengan teruk sehingga ada yang meninggal dunia di depot tersebut.


Yaacob berkata, bagaimanapun terdapat lima kes kematian tahanan direkodkan di Depot Tahanan Imigresen Juru pada tahun 2015 tetapi disebabkan oleh masalah kesihatan iaitu pneumonia, diabetes, bronchopneumonia dan endocarditis.

“Satu kematian yang direkodkan setakat tahun ini melibatkan seorang tahanan perempuan warga Kemboja berumur 26 tahun pada 5 Jun 2016 semasa menerima rawatan di Hospital Bukit Mertajam akibat kekurangan garam dalam badan.

“Makluman kematian tersebut telah dihantar kepada Kedutaan Kemboja pada 6 Julai 2016 dan mendapat kelulusan pengkebumian pada 15 Ogos 2016,” katanya. – Mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori