Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Jangan Sewenangnya Kenakan Caj...

KUANTAN - Pemilik restoren, kopitiam dan hotel di negeri ini dingatkan agar tidak...

Polis Marin Rampas Rokok...

TUMPAT - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor merampas 12,000 karton...

Kena 10-0: Tengku Abdullah...

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menyatakan persediaannya...

Akta Hasutan 1948 Akan...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Akta Hasutan 1948 tidak...

Elak Bawa Pelajar Sekolah Ke Perhimpunan Haram – Mahdzir

BUTTERWORTH – Masyarakat dan ibu bapa diminta tidak mengheret anak-anak mereka atau pelajar sekolah menyertai perhimpunan haram.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata pelajar sekolah tidak akan hadir secara bersendirian ke tempat seperti itu kerana kebiasaannya mereka dibawa ibu bapa atau penjaga.

“Kalau boleh pelajar sekolah ini kita elakkanlah hadir ke tempat seumpama itu…sebab nawaitu penganjuran (perhimpunan) itu sendiri pun dah tak berapa elok.

“Eloklah kalau kita elakkan tempat seumpama itu,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Batu Kawan, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada pelajar sekolah turut terlibat dalam perhimpunan haram anti kerajaan di ibu negara semalam.

Mahdzir berkata beliau tidak mendapat maklumat berhubung penglibatan pelajar sekolah dalam perhimpunan haram itu.


Dalam pada itu, beliau yang juga Anggota Majlis Tertinggi UMNO turut menasihatkan mahasiswa untuk tidak turut serta dalam sebarang perhimpunan haram.

“Kita pun pernah jadi mahasiswa. Kita pun nak yang paling ideal. Kita takkan dapat yang idealis. Jadi, kita carilah benda yang praktikal. Tak payahlah buat sesuatu yang menyusahkan masyarakat dan ibu bapa.

“Buatlah benda-benda yang memberi kesan yang positif kepada kehidupan dan proses pembelajaran kita. Akhirnya nanti kita akan keluar universiti dan akan pergi kepada masyarakat. Sampai bila nak jadi aktivis masyarakat, tak kahwin, tak cari makan,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori