PELAKON cantik, Elfira Loy merupakan antara selebriti wanita Muslimah yang telah berhijrah dengan mengenakan hijab.
Pun begitu, bintang popular ini akui awalnya bukan mudah dirinya untuk mengambil keputusan untuk nekad memakai tudung berikutan tuntutan kerja.
Namun, setelah berhirah, Elfira tidak mahu kembali membuka tudung meskipun melibatkan kontrak kerja.
Menurut Elfira, tawaran yang diterima selaku duta produk juga ditarik balik setelah dirinya berhijrah.
“Bukan mudah untuk saya menetapkan hati memilih untuk berhijab kerana pelbagai andaian dan kemungkinan bermain di benak fikiran.
“Apabila sudah membuat keputusan untuk bertudung, saya enggan memamndang ke belakang lagi.
“Ada pihak yang menerima keputusan saya untuk bertudung, namun ada juga yang kurang bersetuju dan menarik balik tawaran menampilkan saya sebagai duta produk.
“Namun ia sama sekali tidak menggugat keputusan saya untuk terus berhijab,†katanya kepada BH Plus.
Dalam pada itu, Elfira meluahkan rasa gembira apabila penggiat industri seni tanah air dari barisan penerbit dan pengarah tidak menjadikan tudung sebagai penghalang untuk dia berkarya sebaliknya menerimanya. – MYNEWSHUB.CC