Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Menginap Di Hotel Ini...

Populariti Harry Potter sememangnya tiada siapa boleh sangkal lagi-lagi menerusi dongeng magikal inilah...

Lebih 18,000 Rakyat Malaysia...

KUALA LUMPUR - Satu kajian mendapati 18,336 rakyat negara ini termasuk seawal usia...

Ahmad Zahid Terus Jalankan...

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau...

Keropok Lekor ‘Gasi’ Bazar...

KUALA TERENGGANU – Lazimya keropok lekor yang dijual di negeri ini adalah seberat...

Empangan Baharu Akan Dibina Di Mersing

JOHOR BAHRU – Kerajaan persekutuan akan membina sebuah empangan baharu di Mersing sebagai langkah jangka masa panjang menangani isu air di kawasan berkenaan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Johor Holdings Sdn Bhd (SAJ) Abdul Wahab Abdul Hamid, kerajaan persekutuan difahamkan telah melantik sebuah syarikat perundingan untuk melakukan kajian kemungkinan membina empangan baharu itu.

Pelantikan tersebut dibuat melalui Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air, katanya.

“Jika kajian di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) ini berhasil, maka, kita akan mempunyai dua buah empangan di Mersing, dengan (empangan) yang sedia ada ialah Empangan Congok,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Abdul Wahab berkata Empangan Congok hanya berkemampuan menampung sebanyak satu juta meter padu air, namun, kerajaan pusat mempunyai perancangan untuk memperbesarkan kapasiti tersebut kepada dua kali ganda.

Ini bersesuaian dengan keadaan semasa kerana SAJ ketika ini katanya, menyalurkan air sebanyak lima juta liter sehari (MLD) kepada 11,000 pengguna.

Proses tender untuk usaha memperbesarkan kapasiti itu mungkin akan dibuat dalam tempoh sebulan atau dua lagi.


Menurut Abdul Wahab, di peringkat kerajaan negeri pula, agensinya iaitu Badan Kawal Selia Air Johor (Bakaj) bersedia untuk melaksanakan skim pemindahan air dari Sungai Lenggor, Jemaluang (Mersing) ke Empangan Congok.

Malah, SAJ juga telah melakukan beberapa kajian mengenai skim itu bagi mengenal pasti sungai-sungai yang sesuai dijadikan sumber.

“Satu-satunya sungai yang boleh menjadi sumber menyalurkan air ke Empangan Congok adalah Sungai Lenggor. Sungai-sungai lain kurang sesuai dari segi kualiti air,” katanya yang yakin langkah itu akan membantu mendapatkan bekalan air mencukupi.

Pada pagi tadi, bacaan paras semasa di Empangan Congok adalah 2.75 meter berbanding 2.5 meter pada 27 dan 28 Ogos lepas.

Kenaikan itu disebabkan berlakunya hujan di kawasan berkenaan sejak semalam. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori