Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Penerimaan Darjah, Bintang Kebesaran...

PUTRAJAYA - Terpulang pada individu untuk menerima pencalonan darjah, bintang dan pingat kebesaran,...

Berpeluang Jadi Hos Red...

PENGACARA popular, Datuk Aznil Nawawi telah dipelawa stesen HBO Asia untuk membuat liputan segmen...

Demi Telefon Bimbit, Wanita...

BOLEH dikatakan zaman milenium kini manusia seakan-akan tidak boleh hidup tanpa gajet pintar...

Bot Karam: Agensi SAR...

KOTA KINABALU - Agensi terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa bot...

Enam Maut Akibat Denggi Sepanjang Minggu Lalu

KUALA LUMPUR – Sebanyak enam kes kematian akibat wabak denggi dilaporkan berlaku dari 7 Ogos hingga 13 Ogos lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak empat kes berkenaan berlaku di Kelantan.

“Kes demam denggi dari 7 Ogos hingga 13 Ogos 2016 menunjukkan peningkatan kes sebanyak 7.9 peratus iaitu 1,963 kes berbanding 1,819 kes pada minggu sebelumnya.

“Sebanyak tujuh negeri menunjukkan peningkatan kes berbanding minggu sebelumnya adalah Selangor, Kelantan, Negeri Sembilan, Johor, Melaka, Terengganu dan Kedah,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Noor Hisham berkata, secara keseluruha dari Januari hingga 13 Ogos 2016, jumlah kes demam denggi sebanyak 69,400 kes melibatkan sebanyak 153 kematian.

Justeru, beliau meminta keprihatinan orang ramai memastikan kebersihan persekitaran mengurangkan pembiakan nyamuk aedes.


Katanya, pihak berkuasa tempatan (PBT) pula dipohon meningkatkan aktiviti pencegahan dan kawalan denggi.

“Pastikan kutipan sampah dilakukan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu di kawasan pengurusan mereka.

“PBT perlu meningkatkan aktiviti pembersihan dan penguatkuasaan dilaksanakan terhadap pembuang sampah haram untuk membendung masalah pembiakan aedes,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori