Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Polis Nafi Saman Pemandu...

KUALA LUMPUR - Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman menafikan polis...

Pengkelasan B40, M40, T20...

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menghapuskan pengkelasan B40, M40 dan T20 secara berperingkat mulai...

Anak Mat Sabu Diarah...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini mengarahkan anak Menteri Pertahanan,...

DAP Kutuk PAS Mahu...

IBARAT langsung tidak beri muka... pemimpin de facto Pakatan Harapan, Lim Guan Eng...

Enggan Sertai Parti Tun M Tapi Kata Ada 6 Juta Jadi Ahli

SEHINGGA berita ini ditulis pada Sabtu, belum ada sebarang laporan menyatakan Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah serah permohonan untuk tubuh parti baharu kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS).

Laporan sebelum ini menyebut, Ahli Parlimen Pagoh itu mungkin mengemukakan permohonan itu pada Jumaat susulan mesyuarat penubuhan parti baharu di kediaman bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Mesyuarat itu dihadiri beberapa individu termasuk Mahathir; bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; bekas ahli UMNO Langkawi, Anina Saadudin dan bekas pendebat Asia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Mahathir dijangka bertindak sebagai pengerusi, manakala kedudukan Muhyiddin, Kamarul Azman Habibur Rahman dan Mukhriz masing-masing dilantik sebagai presiden, setiausaha dan bendahari parti tersebut.

Ahli jawatankuasa terdiri daripada Anina, bekas ketua cawangan Pemuda UMNO Bendang Baru, Akhramsyah Sanusi dan Syed Saddiq yang kini merupakan pemimpin Challenger, sebuah kumpulan belia antikerajaan Malaysia.

Juga jika benar Muhyiddin sudah mengemukakan permohonan, adakah nama Parti Melayu Baharu yang kecoh diuar-uarkan kumpulan penentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bakal diluluskan oleh pihak RoS?

Mujur, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sudah memberi jaminan bahawa RoS tidak ada masalah untuk meluluskan pendaftaran parti politik baharu di negara kita.

Menurut beliau, sebagai menteri yang bertanggungjawab terhadap RoS di bawah naungan Kementerian Dalam Negeri, kelulusan akan diberikan jika permohonan tersebut menepati syarat-syarat yang ditetapkan.

Malangnya, belum lagi ditubuhkan, penyokong tegar Mahathir iaitu Khairuddin Abu Hassan lewat Jumaat menyatakan pendiriannya tidak bercadang atau berminat menyertai parti baharu yang bakal dipimpin Muhyiddin.

Beliau beri alasan konon sebagai bukan seorang bercita-cita politik meneruskan perjuangan dalam parti baharu itu walhal ada pihak mengaitkan kes muflisnya antara sebab utama tidak boleh menyertai parti Mahathir tersebut.

Enggan Sertai Parti Tun M Tapi Kata 6 Juta Jadi Ahli

“Dari peringkat awal lagi saya telah menyatakan pendirian kepada beberapa rakan-rakan karib bahawa tidak berminat untuk menjawat sebarang jawatan politik khasnya dalam parti baru yang akan dipimpin Muhyiddin.

“Pada hakikatnya, saya bukanlah seorang yang ‘political ambitious’ tetapi akan tetap meneruskan perjuangan saya untuk melawan amalan rasuah dalam kalangan pihak kerajaan secara habis-habisan di negara kita.

“Saya tidak perlu berada dalam parti politik baharu untuk mencapai matlamat melawan penyelewengan kes skandal 1MDB khususnya,” kata bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan tersebut menerusi satu kenyataan media.

Khairuddin malah menambah sebelum Muhyiddin bercakap tentang isu 1MDB, beliau secara bersendirian telah pun ambil langkah proaktif memerangi skandal 1MDB bersama-sama dengan beberapa pemimpin pembangkang.

Bagaimanapun, Khairuddin menegaskan bahawa hubungan peribadi beliau dengan Mahathir yang juga pengerusi parti baharu tersebut, akan tetap terjalin erat kerana bagi beliau: “Mahathir adalah segala-galanya bagi saya.

“Beliau tokoh negarawan terulung amat ikhlas kepada kesejahteraan bangsa, agama mahupun tanahair kita. Tiada sesiapa boleh pisah saya dengan Mahathir. Hanya Allah jua yang mampu memisahkan saya dengannya,” katanya.


Ironi, pada masa sama Khairuddin masih mampu ‘bercakap besar’ apabila mendakwa parti baharu itu dijangka lebih menyasarkan keahliannya untuk menarik ahli UMNO, pengundi atas pagar dan generasi Y sebagai ahli parti.

Khairuddin bahkan mendakwa, parti baharu itu kelak akan membuat sasaran untuk menarik lebih kurang 6 juta orang dalam kalangan generasi muda, badan bukan kerajaan yang tiada berparti dan pengundi bebas.

Mampukah cita-cita tinggi itu tercapai sedangkan PKR yang pada peringkat awal penubuhan dilihat begitu ramai penyokong pro-Anwar Ibrahim namun sehingga kini dilaporkan masih hanya ada ratusan ribu ahli sahaja.

Jelas selepas lebih 15 tahun ditubuhkan, PKR yang auranya ialah Anwar; musuh ketat Mahathir sendiri pun masih gagal menarik ramai orang termasuk ahli-ahli UMNO yang fanatik menyokong perjuangan hebat beliau itu.

Memang benar ada segelintir ahli UMNO yang mungkin kecewa dengan Najib akan menyertai parti baharu ini, tetapi apa dinyatakan oleh Khairuddin terhadap parti baharu itu hanya ibarat mimpi pada siang hari semata-mata.

Hakikatnya jika UMNO sebagai parti umat Melayu terbesar di dunia ditubuhkan di Istana Besar Johor pada 1946 lalu ketika ini memiliki keahlian terkini kira-kira 3.5 juta, adakah parti baharu Mahathir ini mampu tarik 6 juta ahli?

Lihat pula sejarah PKR, begitu juga PAN yang ditubuhkan tahun lalu oleh bekas pemimpin PAS. Setakat ini, PAN tidak berani mengakui berapa ahli mereka waima sebelum ini dilaporkan parti itu menyasarkan 100,000 ahli.

Paling lucu, Bahagian Bukit Mertajam yang diterajui presidennya sendiri, Mohamad Sabu dilaporkan hanya baru ada 20 ahli berdaftar dibandingkan dengan tempat-tempat lain di Pulau Pinang pun sekitar bawah 100 ahli.

DAP pula kekal sebagai parti cauvinis Cina walaupun dapat menarik beberapa kerat Melayu menyertai parti itu. Kesimpulannya sama ada PKR, PAN dan DAP, tiga parti itu tidak berjaya menarik lebih ramai ahli Melayu.

Atas sebab itulah Mahathir dan Muhyiddin percaya dengan wujudnya Parti Melayu Baharu, ia dapat menarik penyertaan orang Melayu yang tidak berminat dengan UMNO namun tidak gemar kepada PKR, PAN dan DAP .

Akhirnya, kesemua parti pembangkang ini hanya ibarat enau melepaskan pucuk masing-masing kerana bergerak dengan agenda tersendiri meskipun berkongsi matlamat sama iaitu hasut rakyat bencikan Barisan Nasional (BN).

Kecualilah, Mahathir dan Muhyiddin sanggup meniru apa dilakukan oleh BN yang dahulunya disebut Perikatan apabila berani menggabungkan parti-parti dengan berbilang kaum serta etnik dalam satu komponen tunggal.

Jika ini dilakukan pihak pembangkang, malulah Mahathir dan Muhyddin kerana UMNO dan BN yang kini teruk dikecam mereka, tetapi cara unik BN itu jugalah sanggup pula ditiru mereka. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori