Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

JPJ Nafi Akan Kenakan...

KANGAR - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada Sabtu menafikan kenyataan dilaporkan media Khamis...

LTTE: Polis Ada Bukti...

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador menegaskan polis...

Video: Selamba Mandi Bogel...

BARU-BARU ini, kita digemparkan dengan satu rakaman video memaparkan seorang wanita warga Vietnam berjalan...

Kes Harian Covid-19 Bawah...

PUTRAJAYA – Kes harian negara masih di bawah 6,000 dengan 5,143 kes hari...

Esscom Tahan 12 PATI Cuba Memasuki Negara Secara Haram

LAHAD DATU – Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) menahan 12 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Filipina termasuk lima kanak-kanak ketika cuba memasuki negara ini secara haram melalui pantai Tanjang Labian, dekat sini, malam tadi.

Komander Esscom, DCP Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata kesemua PATI berkenaan ditahan kira-kira 12.15 malam tadi di kawasan pantai oleh sepasukan anggota Esscom yang membuat rondaan Op Taring di kawasan berkenaan selepas menerima maklumat awam.

Katanya ketika ditahan, kesemua PATI berkenaan bersembunyi di dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton dan sebuah kereta jenis Proton Iswara.

“Pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan berkenaan, mereka menemui 11 PATI termasuk lima kanak-kanak, yang berumur lingkungan satu hingga 52 tahun sedang bersembunyi di dalam kenderaan berkenaan.

“Kesemua pendatang warga Filipina itu baru sampai dari negara berkenaan,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Wan Abdul Bari berkata bot yang digunakan untuk mendaratkan PATI melarikan diri setelah menyedari kehadiran pasukan keselamatan.


“Pasukan keselamatan turut menahan empat tekong darat warga tempatan dan seorang warga Indonesia untuk siasatan lanjut,” katanya.

Wan Abdul Bari berkata PATI berkenaan ditahan mengikut Akta Imigresen 1959/1963 (Pindaan 2002) serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan mereka diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut.

“Esscom akan mempergiatkan operasi penguatkuasaan bagi membendung dan membanteras kemasukan PATI yang menggunakan jalan laut untuk memasuki negara ini secara haram,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori