PENGGUNA media sosial pastinya telah merasai perubahan laman sosial Facebook Pages apabila rekaan antaramuka baharu itu telah diperkenalkan oleh pihak Facebook beberapa minggu lepas.
Menerusi rekaan ini, ia membawakan ciri-ciri antaramuka yang jauh berbeza dengan versi sebelum ini.
Ia termasuk gambar profil kini dipaparkan pada bahagian kiri laman dan diikuti dengan pilihan menu akses pada bahagian bawahnya.
Gambar latar untuk profil (cover photo) kini ditampilkan pada bahagian kanan laman, serta di bahagian bawahnya dipaparkan perkongsian semasa daripada akaun laman Facebook Pages berkenaan.
Secara peribadi, rekaan baharu ini agak sedikit menyukarkan buat pengguna yang tidak biasa kerana sudut paparan infomasinya kini diubah bagi kesesuaian dengan arah pandangan mata.
Tidak dimaklumkan sama ada pembaharuan ini adalah sekadar ujian sahaja ataupun Facebook telah memilih secara rasmi, antaramuka baharu ini.
Adakah anda menggemari perubahan ini? Kongsikan pendapat anda bersama kami. – MYNEWSHUB.CC