Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Tauliah Khas Kawal Lambakan...

KUALA LUMPUR - Pertauliahan khas yang dikeluarkan jabatan agama Islam di setiap negeri...

Kesihatan Iman Pulih Sedikit...

KOTA KINABALU - Iman, satu satunya badak sumbu betina yang hidup dalam peliharaan...

Penghuni Rumah Orang Tua...

PUTRAJAYA - Jumlah warga emas yang menjadi penghuni di institusi milik Jabatan Kebajikan...

PRU-15: Mahathir Bersaing Lima...

Langkawi : Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berdepan pertandingan lima penjuru...

Farmasi Didenda Pamer Poster Dedah Aurat

KOTA BHARU – Sebuah farmasi di sini telah dikenakan saman oleh pegawai penguatkuasa Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) kerana mempamerkan poster model wanita yang tidak menutup aurat.

Kes ini berlaku pada 26 Julai lalu iaitu sehari selepas pihak berkuasa tempatan mengeluarkan saman kepada sebuah kedai jam kerana memaparkan dua poster ‘seksi’, termasuk salah satunya melibatkan imej pelakon Aishwarya Rai.

Dalam kejadian pada tarikh itu, seorang pekerja farmasi berkata pegawai penguatkuasa majlis mengeluarkan saman kepada pihak pengurusan kerana memaparkan poster model yang ‘terdedah aurat’.

“Saya diberitahu pengurus terpaksa membayar RM150 bagi kesalahan itu.

“Ini adalah kali pertama kami disaman selepas poster itu diletakkan baru-baru ini,” kata pekerja berkenaan.

Yang Dipertua MPKB, Zamri Ismail mengesahkan mengenai saman yang dikeluarkan kepada farmasi itu.

Menurut Zamri, MPKB amat serius dalam memastikan peniaga mematuhi kod etika negeri yang ketat mengenai poster.


“Saya tidak faham mengapa peniaga tidak boleh mematuhi syarat yang ditetapkan pada permit perniagaan dan premis mereka.

“Kami akan terus memantau keadaan dan tidak akan berkompromi dengan mereka yang melanggar undang-undang kecil,” katanya.

Berhubung soalan mengapa peniaga Cina yang dikeluarkan dengan pelbagai saman atas pelbagai kesalahan namun berjaya memperbaharui lesen perniagaan mereka setiap tahun, Zamri berkata beliau akan menyemak mengenainya. – mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori