Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Mujahid Adakan Pertemuan Dengan...

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof...

PAS Akur Belum Berpeluang...

KUALA LUMPUR - Meskipun terkilan tidak berpeluang membahaskan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang...

Kes Rasuah: Jurutera, Isteri...

PUTRAJAYA - Seorang jurutera syarikat minyak dan isterinya direman selama enam hari bagi...

Parlimen Bersidang 15 Hari...

PUTRAJAYA - Sidang Dewan Rakyat akan berlangsung selama 15 hari mulai 13 Julai...

Ford Tawar Diskaun Sehingga RM15,000 Model Terpilih

KUALA LUMPUR – Ford, dan pengedar tempatannya, Sime Darby Auto Connexion (SDAC), kini menawarkan rebat tunai sehingga RM15,000 ke atas model-model terpilih di seluruh negara.

Mulai sekarang hingga 30 Sept, pelanggan boleh menikmati rabat tunai sehingga RM15,000 bagi Kuga, RM13,500 bagi EcoSport dan sehingga RM8,000 untuk Focus dan Fiesta, demikian menurut kenyataan daripada SDAC hari ini.

SDAC juga memberi ganjaran kepada pelanggan menerusi cabutan bertuah yang berlangsung sehingga 31 Ogos.

Pelanggan yang menempah dan mendaftar kenderaan Ford sepanjang tempoh itu berpeluang untuk memenangi hadiah menarik termasuk 200,000 AirAsia Big Points, unit navigasi GPS dan baucar membeli-belah bernilai RM500 setiap satu.


Pengarah Urusan SDAC Syed Ahmad Muzri Syed Faiz berkata: “Sempena kita meraikan bersama-sama ulang tahun ke-59 kemerdekaan Malaysia, kami berbesar hati menawarkan tawaran dan promosi hebat ini kepada pelanggan setia kami.”- BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Ford

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori