Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Bapa Wak Doyok Meninggal...

BAPA kepada ikon fesyen Wak Doyok iaitu Mohd Nor Abdul Hamid meninggal dunia...

Keputusan SPM 2016 ...

PUTRAJAYA - Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 akan dikeluarkan Khamis minggu...

PFP Bakal Bertanding 13...

GEORGE TOWN - Penang Front Party (PFP) bakal bertanding di 12 kerusi Dewan...

Suami Tembak Isteri Sebelum...

SUNGAI GOLOK – Seorang pegawai polis menembak mati isterinya sebelum bertindak membunuh diri...

Gambar: Orang Ramai Serbu Kaunter KWSP Seluruh Negara

ORANG ramai dilihat berpusu-pusu hadir ke kaunter Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di seluruh negara bagi membuat pendaftaran Simpanan Shariah yang diperkenalkan hari ini.

Simpanan Shariah yang akan dilancarkan pada Januari 2017 dibuka pendaftarannya kepada semua ahli tanpa mengira bangsa, agama dan kerakyatan.

Gambar: Orang Ramai Serbu Kaunter KWSP Seluruh Negara

Gambar orang ramai menyerbu kaunter KWSP kini mula tersebar di laman-laman sosial.

Gambar: Orang Ramai Serbu Kaunter KWSP Seluruh Negara

 Gambar: Orang Ramai Serbu Kaunter KWSP Seluruh Negara

Gambar: Orang Ramai Serbu Kaunter KWSP Seluruh Negara

Dilaporkan ada yang datang seawal jam 7 pagi bagi mendapatkan peluang mendaftar kepada simpanan cara baharu itu.


Ahli yang ingin menukar simpanan KWSP konvensional mereka kepada Simpanan Shariah perlu hadir ke mana-mana cawangan KWSP dan membawa MyKad untuk pengesahan cap jari.

Bagi bukan warganegara Malaysia pula, mereka hanya perlu membawa pasport.

Gambar: Orang Ramai Serbu Kaunter KWSP Seluruh Negara
Orang ramai beratur di luar pejabat KWSP Shah Alam.

Dana sebanyak RM100 bilion, iaitu kira-kira 15 peratus daripada keseluruhan jumlah aset pelaburan KWSP sebanyak RM681.71 bilion sehingga akhir Mac 2016, diperuntukkan untuk Simpanan Shariah 2017 berdasarkan ‘siapa cepat dia dapat’.

Bagi kelayakan untuk Simpanan Shariah 2017, ahli perlu mengemukakan permohonan mereka sebelum 23 Disember 2016 dan ianya tertakluk kepada ketersediaan dana RM100 bilion. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori