SELEPAS lapan musim bermain untuk Barcelona di Sepanyol, Dani Alves memutuskan menerima tawaran Juventus di Itali pada ‘bursa’ perpindahan pemain musim panas 2016.
Pertahanan berasal dari Brazil itu menyertai Juventus dengan menandatangani kontrak dua musim.
Berita itu mendapat sambutan hangat dari peminat Juventus. Oleh sebab itu, pemain 33 tahun ini meraikan kekasihnya, Joana Sanz, ke Turin, Itali.
Joana yang bahagia dengan Alves itu ialah model profesional dan membahagikan kebahagiannya dengan memperkenalkan rumah baharunya bersama Alves melalui akaun Instagram miliknya.
Dalam hal itu, dia muncul mempamerkan rumah baharunya dengan memperlihatkan tubuh seksinya.
Menerusi gambar yang dimuat naik di Instagramnya, dia hanya memakai bikini di pinggir kolam pangsapuri yang terletak di atas bumbung tempat tinggalnya itu, kata media tempatan. – MYNEWSHUB.CC