SEREMBAN – Beberapa kawasan di Jempol, Port Dickson, Seremban dan Rembau akan mengalami gangguan bekalan air dari Selasa hingga Rabu ini berikutan kerja-kerja penyelenggaraan loji rawatan air.
Ketua Bahagian Perhubungan Awam, Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS), Norzita Ismail berkata penutupan bekalan air itu adalah selama 24 jam mulai pukul 8 pagi Selasa hingga 8 pagi Rabu.
Di Jempol, gangguan bekalan air membabitkan kawasan Bahau, Mahsan, Batu Kikir, seluruh kawasan Lui (Lui Barat, Timur, Selatan, Muda & Sg. Lui), Jalan Bahau–Batu Kikir, Jalan Bahau–Kuala Jempol, Serting Tengah, Serting Hulu, Felda Raja Alias, Feldajaya.
Bandar Seri Jempol, sebahagian Rompin, Ladang Geddes, Kampung Serampang Indah, Kampung Sampo, Pusat Latihan Polis Air Hitam (PULAPAH), Pekan Jelai, Bandar IOI Bahau.
Beliau berkata di Port Dickson, ia melibatkan Escort Estet, Kampung Sawah Sunggala, Bandar Sunggala, kawasan Taman Sirusa Jaya Batu 6 Jalan Pantai, seluruh kawasan Batt 5 Jalan Pantai, Kem Tentera Batu 5 Jalan Pantai, Kem Tentera Batu 4 Jalan Pantai.
Kampung Baru Sirusa, Jalan Sua Betong, Taman Desa PD, Kampung Barisan, kawasan Air Kuning sehingga kawasan Tampin Linggi, dari kawasan Batu 4 Jalan Pantai, kawasan Kampung Bagan Pinang, Taman PD Utama, Taman Raja Zainal, Taman Too Kee Kah, Transit Kuarters, Jalan Shell Refinery, Happy Garden, kawasan Batu 1 Jalan Pantai sehingga seluruh kawasan Pekan Port Dickson dan dari Pekan Port Dickson.
Jalan Lama, Kampung Chokra, Taman Muhibah, Taman Puteri, Kampung Arab, Taman PD Akasia, Kampung Air Meleleh, Kampung Gelam, Taman PD Tropika, Taman Sri Mawar, Jalan Bypass, kawasan Kampung Paya, Tanjung Gemok, Taman Kiara, Taman Sri Intan, Taman Ria, Taman Negeri Lama dan Baru, Taman Pantai Mas.
Kampung Kuala Lukut, Bandar Dataran Segar, Taman Sentosa Lama dan Baru, Taman PD Jaya, Taman Naga, Taman Indah Baru, Taman Bandar Baru, Taman Indah Wang, Taman Aman, Taman Bukit Tinggi, Rumah Rakyat Pekan Lukut, Taman Desaru, kawasan Sri Parit, Taman Indah Jaya, Perindustrian Lukut Indah, Taman Wawasan, Taman Jaya, Taman Tun Sambathan, seluruh kawasan Pekan Lukut sehingga kawasan Spring Hill, kawasan Batu 6 Jalan Seremban.
Batu 7 Jalan Seremban sehingga kawasan Simpang Siliau, dari Simpang Bukit Palong, Perindustrian Bukit Palong, Taman Lukut Makmur, Taman D’ Pinggiran Kota, Taman D’ Ambang Kota, Perindustrian Perdana Bukit Palong, Kebun Jimah, Jimah Lama, Kampung Cina Site C Tanah Merah, Taman Jimah Jaya, Tanah Merah Site C, seluruh kawasan Bukit Pelandok dan Chuah.
Norzita berkata di Seremban. gangguan membabitkan Taman Pinggiran Senawang, Kampung Ulu Rantau, Sekolah Datuk Abdul Razak, Radio Televisyen Malaysia (RTM), Taman Permata, Ladang Batu 11, Ladang Kombok, Taman Ulu Lalang, Kampung Solok, Kampung Ribu, Kampung Sega Ulu, Kampung Sega Hilir.
Jalan Kuala Sawah, Ladang Kuala Sawah, Kampung Nyatoh, Rumah Rakyat Nyatoh, Kampung Belangkan, Industri Nilam Ribu, Taman Bandar Ekar, Pekan Rantau, Kampung Takau, Kampung Pening, Kampung Kancong, Taman Rantau, Jalan Air Kuning, Taman Permata, Kampung Siliau Hulu, Kampung Siliau Hilir, Ladang Siliau, Kampung Sungai Sendayan dan Nusari Bayu.
Di Rembau, ia membabitkan Taman Chembong Utama, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau, Sekolah Teknik Chembong, Ladang Batu Hampar, Halal Park, Highway Pedas, Merbau 9, Kampung Pedas Batu 4 (kanan dan kiri), Taman Pinggiran Pedas, Kampung Minching Baru, Sungai Ibor Batu 3, Kampung Minching Lama.
Taman Pedas Indah, Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pedas, Kampung Sungai Ibor, Kampung Seberang Batu 2, Sekolah Kebangsaan Pedas, Kampung Seberang Batu 1, Kampung Sungai Batu, Kampung Sungai Lalah, Taman Pedas Perdana, Jalan Mungkal, Jalan Tok Nara, Jalan Ampang Batu, Jalan Mungkal Tobek, Jalan Tok Menteri, Jalan Tok Samad, Jalan Bunga Raya dan Jalan Datuk Keramat.
Bekalan akan disambungkan semula selepas waktu yang dinyatakan dan dijangka pulih secara berperingkat.
Bagaimanapun, katanya beberapa kawasan tinggi dijangka akan mengalami tempoh pembaikan yang lebih lama.
Beliau berkata kerja-kerja penyelenggaraan merupakan antara usaha berterusan SAINS dalam menambah baik dan meningkatkan mutu bekalan air demi kepentingan para pelanggan pada masa hadapan.
Para pelanggan yang memerlukan bantuan boleh menghubungi SAINS di talian bebas tol 1-800-88-6982. – BERNAMA