Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Koperal Hilang Di Royal...

PETALING JAYAĀ ā€“ Anggota tentera yang dilaporkan hilang di Hutan Simpan Royal Belum, Koperal...

Bekalan Air Mentah Tiga...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) memaklumkan beberapa sungai dan empangan...

Kanak-Kanak Terpaksa Naik Kuda...

GUANGGXI, China ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć¢ā‚¬Å“ Demi mendapatkan ilmu, tiga kanak-kanak berusia lapan tahun terpaksa menunggang...

Fattah Mahu Lupa Soal...

SUKA atau pun tidak, populariti Fattah Amin memang tidak dapat disangkal lagi.Aktor yang...

Ganja: 2 Pelajar Sekolah Antara Ditahan

PETALING JAYA – Dua pelajar sekolah menengah antara 16 lelaki yang ditahan dipercayai terlibat dalam kegiatan pengedaran ganja di sekitar Bandar Sunway dekat sini, minggu lepas.

Kesemua mereka berusia 16 hingga 29 tahun itu ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, dalam empat serbuan berasingan pada Selasa dan Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Mohammad Azlin Sadari memberitahu media di sini hari ini, bahawa turut dirampas 11,691 gram ganja bernilai lebih RM33,000.

Serbuan pertama pada Selasa menjurus kepada penahanan lelaki berusia 24 tahun di sekitar Bandar Sunway dan penemuan lima ketulan mampat dipercayai ganja seberat 521 gram, disusuli penahanan pelajar berusia 16 tahun dan penemuan dua bungkusan plastik disyaki mengandungi ganja seberat 251 gram.

Mohammad Azlin berkata 12 lelaki termasuk dua warga asing ditahan dalam serbuan seterusnya di sebuah kondominium pada hari sama, selain menemui dua ketulan mampat dipercayai ganja seberat 444 gram.


“Saringan air kencing mendapati kesemua mereka positif dadah. Kebanyakan yang ditahan adalah pelajar kolej di sekitar Lembah Klang manakala seorang pelajar sekolah menengah berusia 17 tahun turut ditahan,” katanya.

Hasil soal siasat, dua lagi lelaki berusia 19 dan 24 tahun ditahan pada Khamis di Bandar Sunway, selain penemuan 10 ketulan mampat ganja seberat 10,475 gram dalam sebuah kereta.

Kesemua mereka direman selama tujuh hari dari tarikh ditangkap dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana mengedar dadah, dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung mandatori. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • ganja

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori